game players | peserta-peserta permainan | Pentadbiran | Tiada | Peserta yang bertanding dan membuat keputusan dalam permainan. |
assist relay registration entry form | borang daftar lari berganti-ganti | Sukan | Tiada | Borang yang digunakan untuk mendaftar peserta-peserta yang akan mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti. |
rider | rider | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perubahan manfaat yang ditawarkan kepada peserta pelan takaful keluarga dan skim takaful am. Perubahan ini hasil persetujuan peserta untuk mengubah suai syarat dan manfaat perlindungan dalam pelan asas takaful berkenaan. Sebarang perubahan syarat dan manfaat perlindungan akan memberi kesan kepada jumlah caruman yang dibayar oleh peserta. Peserta yang ingin mendapat manfaat tambahan ini perlu membuat caruman tambahan yang kecil. Perubahan manfaat ini boleh diminta oleh peserta selaras dengan keperluannya. Contohnya, manfaat tambahan hospital, manfaat tambahan kematian dan keilatan akibat kemalangan. |
family takaful plan for education | pelan takaful keluarga untuk pelajaran | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pelan tabungan bagi membiayai pelajaran tinggi anak-anak peserta sekiranya peserta meninggal dunia. Mengikut pelan ini, anak yang dinamakan dalam sijil takaful hanya akan menerima manfaat takaful apabila menjangkau umur 18 tahun sekiranya peserta meninggal dunia sebelum tarikh matang sijil. Di samping itu, peserta juga mendapat perlindungan takaful untuk kemalangan diri, keilatan kekal seluruh badan dan pembiayaan kos rawatan hospital. |
call room judge | hakim panggil | Sukan | Tiada | Pegawai yang mengesahkan pendaftaran peserta sebelum peserta bertanding dalam sesuatu acara. |
observer as participant | pemerhati sebagai peserta | Pendidikan | Tiada | Pengkaji sebagai peserta tetapi tidak terlibat sepenuhnya dalam aktiviti peserta dan identiti pengkaji diketahui oleh peserta. Bandingkan participant as observer. |
participants account | akaun peserta | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akaun yang mengkreditkan peratusan tertentu daripada caruman peserta pelan takaful keluarga bagi tujuan pelaburan. Keuntungan pelaburan akan dikongsi bersama antara peserta dengan syarikat pengendali takaful berasaskan prinsip mudarabah. Peratusan caruman yang dikreditkan dalam akaun ini biasanya lebih besar berbanding dengan akaun khas peserta. |
runway area | landas lari | Sukan | Tiada | Kawasan khas bagi peserta lompatan, dan peserta rejaman dalam acara rejam lembing. |
participant as observer | peserta sebagai pemerhati | Pendidikan | Tiada | Pemerhati melakukan sepenuhnya aktiviti peserta dan pengenalan dirinya sebagai pengkaji diketahui oleh peserta lain. Bandingkan observer as participant. |
takaful participent | peserta takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Individu atau institusi yang menyertai mana-mana skim takaful yang ditawarkan oleh syarikat pengendali takaful. Peserta takaful perlu membuat caruman untuk mendapat manfaat skim takaful berkenaan. Syarikat pengendali takaful akan menetapkan syarat kelayakan kepada peserta untuk menyertai skim tertentu. Antara syarat kelayakan untuk menjadi peserta takaful ialah lingkungan umur dan tahap kesihatan. |