nehrung | nehrung | Geografi | Tiada | Istilah German bagi spit/tetanjung pasir pinggir laut yang panjang yang dibentuk oleh hanyutan pesisir di pesisir selatan Laut Baltic. |
inshore | tepi pesisir) | Geologi | Tiada | 1. Terletak hampir dengan pesisir.,2. Menunjukkan kedudukan arah ke pesisir. |
offshore installation | pepasangan luar pesisir | Geografi | Tiada | Struktur kejuruteraan yang dipasang di luar pesisir bagi tujuan tertentu seperti cari gali minyak di luar pesisir. |
mature shoreline | garisan pesisir matang | Geografi | Tiada | Tahap dalam pembentukan sebuah garis pesisir yang bermula bila sebuah profil keseimbangan dicapai dan seterusnya menuju kepada sebuah garis pesisir yang selanjar tanpa teluk dan unjuran. |
barrier reef | terumbu sawar | Geologi | Tiada | Terumbu karang yang sempit dan panjang, yang secara kasarnya selari dengan pesisir dan dipisahkan dari pesisir tersebut oleh lagun yang agak dalam dan lebar. |
shore line, see also beach | garis pesisir lihat juga pantai | Hidrologi | Tiada | Garis pertemuan antara laut atau tasik dan daratan. Kawasan ke darat dari garis pesisir dinamakan tepi laut dan kawasan ke laut dari garis ini dinamakan pesisir. (GG) |
crescent beach | pesisir sabit | Geologi | Tiada | Pesisir yang melengkung, cekung ke arah laut, terbentuk di sepanjang pantai yang bergunung-ganang atau berbukit-bukit di pangkal teluk atau muara sungai yang memasuki teluk. |
backshore | pesisir belakang ; jermang belakang | Pelayaran | Tiada | Bahagian bawah pesisir yang diliputi percikan air semasa ribut kencang. |
prograding shoreline | maraan garis pesisir | Geografi | Tiada | Perihal kemaraan pesisir yang mengalami pemendapan. |
littoral state | negara pesisir | Undang-undang | Tiada | Negara yang mempunyai pantai. Negara pesisir mempunyai kedaulatan di perairan pedalaman dan laut wilayah, serta hak dan kewajipan di zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua, seperti mana diperuntukkan dalam Konvensyen Undang-Undang Laut PBB 1982. |