Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.song] | ڤيسوڠ

Definisi : (pésong) 1. belok (ke kanan atau ke kiri), memutar (mengubah) haluan: kereta itu kemudian ~ ke kiri memasuki suatu lorong; 2. ki mengalih (percakapan), mengubah atau menukar (perkara): apabila ibunya bercakap tentang perkahwinan, Halim cuba ~ ke soal lain; memesongkan 1. membelokkan (ke kiri atau ke kanan), memusingkan, menukarkan haluan: akar pokok yg menjalar dlm tanah dapat ~ arah pertumbuhannya ke tempat yg ada air; 2. ki mengalihkan atau menukar (percakapan, pendirian, dll): parti itu telah mengambil langkah-langkah mengawal ahli-ahlinya sendiri yg cuba hendak ~ dasar dan tujuan asalnya; terpesong menyimpang dr tujuannya (halu­annya, sasarannya), menyeleweng: kalau berlaku apa-apa kesilapan, roket itu akan ~ dan tidak mengenai sasarannya; tiba-tiba percakapannya ~ ke soal lain; pemesongan perbuatan memesongkan (ke­percayaan, pendirian, dsb): langkah ini dijadikan senjata bagi menentang ~ akidah; pemesong alat yg memesongkan: kanta ~ sinar matahari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.song] | ڤيسوڠ

Definisi : /pésong/; berpesong bergerak ke arah yg lain: Perhatikan bagaimana jarum itu ~. memesong menukar arah (haluan); menyeleweng: Kereta itu ~ ke kiri. memesongkan 1 menggerakkan ke arah yg lain; menjadikan berpesong; menyelewengkan: Banjaran Himalaya menghalang kumpulan udara ini dan ~nya ke Lembah Ganges. 2 ki mengalih atau mengubah tajuk perbualan (pendirian dsb): Tiada sesiapa pun yg dpt ~ pendiriannya. terpesong 1 menyimpang dr arah yg sepatutnya dgn tidak sengaja; menjadi berubah haluannya: Jalan yg licin menyebabkan keretanya ~ ke kiri lalu melanggar tiang lampu. 2 ki menyimpang drpd tajuk perbualan dll dgn tidak disedari: Tiba-tiba percakapannya ~ ke soal peperangan Pakistan-India. pesongan gerakan berpesong: Ukur jarak ~ jarum itu. pemesongan perbuatan (hal dsb) memesong atau memesongkan (sesuatu): Alirkan arus elektrik melalui meter itu dan perhatikan ~ yg dibuat oleh penunjuknya. pemesong alat utk memesongkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pesong
Kata Terbitan : memesongkan, terpesong, pemesongan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deflectionpesongPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPelengkungan spesimen atau struktur kayu daripada keadaan normal akibat tindakan dan pengenaan beban. Misalnya, pesongan berlaku semasa ujian lentur statik.
acoustooptic deflectionpesong akustooptikKejuruteraanTiadaPemesongan cahaya oleh medan ultrasonik dalam pepejal dan cecair.
deflecting prismprisma pesongGeografiTiadaTiada
deflection islandpulau pesongKejuruteraan AutomotifTiadaBinaan yang dibuat di hujung jalan tuju untuk mengelak berlakunya gerakan trafik terus.
acoustooptic deflectoralat pesong akustooptikKejuruteraanTiadaPeranti yang memesongkan cahaya dengan menggunakan kesan akustooptik.
habushi wazateknik pesongSukanTiadaKaedah menangkis serangan lawan dengan menggunakan kelajuan.
angle of deflectionsudut pesongFizikTiadaTiada
angle of deflectionsudut pesongKomunikasi MassaTiadaTiada
angle of deflectionsudut pesongKejuruteraanTiadaSudut di antara alur terpesong dengan arah asalnya.
statistical fluctuationturun naik statistikKejuruteraanTiadaPerubahan julat, pengionan dan arah, akibat perbezaan jarak antara perlanggaran serta kehilangan tenaga dan sudut pesong perlanggaran zarah dalam sesuatu medium.
12

Kembali ke atas