repulsive potential | keupayaan tolakan | Kejuruteraan | Tiada | Daya tolakan berjarak dekat antara dua atom disebabkan pertindihan awan elektron daripada atom-atom berkenaan terutama elektron-elektron pada petala-petala tertutup. |
metastatic electron | elektron metastatik | Kejuruteraan | Tiada | Elektron yang bergerak dari atom ke atom yang lain atau dari petala ke petala yang lain dalam atom yang sama atau dari petala ke nukleus atom yang berkaitan. |
metastasic electron | elektron metastasik | Kejuruteraan | Tiada | Elektron yang bergerak dari satu atom ke atom yang lain atau dari satu petala ke petala yang lain dalam atom yang sama atau dari satu petala ke nukleus atom yang berkaitan. |
inner shell electron | elektron petala dalam | Kejuruteraan | Tiada | Elektron yang dimiliki oleh petala elektron, selain daripada petala luar. |
filled shell | petala terisi penuh | Kimia | Tiada | Petala yang mengandungi bilangan elektron yang cukup, misalnya dua elektron bagi petala pertama, lapan elektron bagi petala kedua, dan sebagainya. |
shell structure | struktur petala | Fizik | Atom dan Nuklear | Struktur nukleus yang setiap jenis nukleonnya menduduki keadaan kuantum yang aras tenaganya berbentuk petala. Bilangan nukleon bagi setiap petala dihadkan oleh prinsip eksklusi Pauli. |
atmospheric shell | petala atmosfera | Sains | Hidrometeorologi | Salah satu daripada beberapa strata atau lapisan atmosfera bumi. Taburan suhu merupakan satu kriteria yang paling kerap digunakan untuk melambangkan berbagai-bagai petala. Troposfera (wilayah perubahan) adalah bahagian terbawah atmosfera, 10 � 20 km tebal, yang dicirikan oleh pengurangan suhu mengikut ketinggian.Istilah stratosfera digunakan untuk melambangkan wi- layah nisbi isoterma yang betul-betul atas dari tropopaus, dan petala yang menganjur ke atas dari tropopaus ke aras suhu minimum pada 70 � 80 km; mesosfera merupakan petala di antara kira-kira 20 dan 70 atau 80 km yang mempunyai suhu maksimum luas pada kira-kira 40 � 50 km; dan termosfera ialah petala atas dari mesosfera dan mempunyai suhu yang meningkat mantap mengikut ketinggian. Taburan berbagai-bagai proses fiziokimia merupakan satu lagi kriteria. Ozonosfera yang terletak di antara 10 � 50 km ialah kawasan umum atmosfera atas yang dalamnya terdapat ketumpatan ozon yang nyata dan ozon itu memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan si |
N shell | petala N | Kejuruteraan | Tiada | Petala keempat mengelilingi nukleus. |
O shell | petala O | Kejuruteraan | Tiada | Petala kelima elektron di sekeliling nukleus atom. |
P shell | petala P | Kejuruteraan | Tiada | Petala keenam mengelilingi nukleus. |