chain rule | petua rantai | Matematik | Tiada | Petua am yang penting untuk mengira terbitan. Petua ini berkaitan dengan terbitan fungsi gubahan. Jika u suatu fungsi dalam sebutan x dan v suatu fungsi dalam sebutan u, maka terbitan v terhadap x boleh didapati melalui petua rantai: |
Fermi’s golden rule | petua keemasan Fermi | Fizik | Moden | Persamaan yang memberikan sumbangan tertib pertama (petua nombor dua) dan sumbangan tertib kedua (petua nombor satu) kepada kebarangkalian peralihan per unit masa yang teraruh oleh Hamiltonan usikan, dari segi unsur-unsur matriks Hamiltonan usikan. |
Fermi�s golden rule | petua keemasan Fermi | Fizik | Mekanik Kuantum | Persamaan yang memberikan sumbangan tertib pertama (petua nombor dua) dan sumbangan tertib kedua (petua nombor satu) kepada kebarangkalian peralihan per unit masa yang teraruh oleh Hamiltonan usikan, dari segi unsur-unsur matriks Hamiltonan usikan. |
cosine rule | petua kosinus | Matematik | Tiada | Petua atau hukum yang menyatakan hubungan antara ketiga-tiga sisi bagi sesuatu segi tiga dengan sudut yang bertentangan salah satu sisi. Jika a, b, dan c mewakili tiga sisi itu dan A sudut bertentangan sisi a, maka a2 = b2 + c2 – 2bc kos A. Petua ini boleh digunakan untuk menentukan sisi atau sudut yang lain setelah tiga sisi atau dua sisi bersama-sama satu sudut diketahui. |
f-sum rule | petua hasil tambah-f | Fizik | Moden | Petua yang menyatakan bahawa hasil tambah nilai f peralihan penyerapan sesuatu atom dalam keadaan tertentu, ditolak dengan hasil tambah nilai f peralihan pemancaran dalam keadaan tersebut, adalah sama dengan bilangan elektron yang mengambil bahagian dalam peralihan ini. petua hasil tambah-Thomas-Reiche-Kuhn. |
right-hand rule | petua tangan kanan | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang membawa arus, sekiranya jari tangan kanan mengelilingi dawai dan ibu jari menunjukkan arah arus maka jari-jari akan menunjukkan arah medan magnet yang dihasilkan oleh dawai tersebut. 2. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang bergerak dalam medan magnet seperti dawai pada angker jana kuasa, sekiranya ibu jari serta jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan bersudut tegak antara satu dengan lain, maka ibu jari akan menunjukkan arah gerak dawai, jari telunjuk menunjukkan arah garis daya magnet dan jari engah menujukkan arah arus teraruh yang wujud disebabkan oleh gerakan dawai dalam medan magnet tersebut. |
sine rule | petua sinus | Matematik | Tiada | Petua atau hukum yang menyatakan perhubungan antara sisi dan sudut bagi sesuatu segi tiga. Bagi suatu segi tiga ABC, dengan sisi yang bertentangan, sudut A, B, dan C masing-masing diwakili dengan a, b dan c. |
Selection rules | petua pemilihan | Fizik | Mekanik Kuantum | Petua yang menerangkan perubahan yang harus berlaku pada nombor kuantum supaya peralihan di antara dua keadaan dengan kebarangkalian yang tinggi terjadi. |
Matthiessen’s rule | petua Matthiessen | Fizik | Moden | Petua empirik yang menyatakan bahawa jumlah kerintangan bagi suatu spesimen logam habluran adalah jumlah kerintangan yang disebabkan oleh penggoncangan terma ion-ion logam kekisi dan kerintangan yang disebabkan oleh ketaksempurnaan hablur. |
Amagat-Leduc rule | petua Amagat-Leduc | Fizik | Mekanik | Petua mengenai gabungan gas yang menyatakan bahawa isi padu yang dipenuhi oleh campuran gas adalah sama dengan hasil tambah isi padu yang dipenuhi oleh tiap-tiap komponen gas berkenaan secara berasingan pada suhu dan tekanan yang sama. |