Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pihaknya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
voluntary reorganizationsusun semula sukarelaPentadbiranTiadaRayuan yang dikemukakan oleh firma yang gagal bagi pihaknya sendiri untuk menyusun semula strukturnya dan membayar hutangnya.
advertiseepenerima iklanKomunikasiTiadaIndividu atau organisasi yang mengupah syarikat iklan untuk membuat iklan bagi pihaknya.
authorized agentejen berkuasaPentadbiran PerniagaanTiadaOrang yang diberi kuasa oleh pembayar cukai untuk mewakili pihaknya.
agency representativewakil agensiPelanconganTiadaIndividu yang dilantik oleh sesebuah agensi untuk menjalankan urus niaga bagi pihaknya.
institutional investorpelabur institusiPentadbiran PerniagaanTiadaOrganisasi yang mempunyi objektif mengurus dan melabur dalam sekuriti atau aset tertentu bagi pihaknya atau pihak pelabur lain. Organisasi ini termasuklah dana amanah, syarikat insurans, dana pencen dan sebagainya. Mereka membeli sekuriti, opsyen kontrak hadapan dalam jumlah yang besar. [l.j. big boys]
contract of permission/pertaining to do a workakad memberi izinEkonomiEkonomi IslamAkad pemberian kuasa daripada seseorang kepada seseorang yang lain untuk menguruskan dan melaksanakan sesuatu kerja bagi pihaknya. Pihak yang menerima kuasa boleh menuntut upah sebagai bayaran terhadap kerjanya. Contohnya, melantik wakil dan melantik pegawai dalam akad wakalah.
assessorpenaksirEkonomiEkonomi IslamIndividu yang menaksir, menyelaras dan menetapkan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh syarikat pengendali takaful kepada peserta yang mengalami musibah. Terdapat dua jenis penaksir, iaitu penaksir kerugian dan penaksir awam. Penaksir kerugian dilantik oleh syarikat pengendali takaful untuk berkhidmat bagi pihaknya dalam menentukan jumlah pampasan yang patut dibayar. Penaksir awam pula menawarkan khidmat kepada peserta takaful dengan bayaran fi bagi menentukan jumlah pampasan yang perlu dituntut. Jumlah pampasan sebenar yang diterima oleh peserta yang mengalami musibah akan ditetapkan melalui perundingan antara penaksir kerugian daripada pihak syarikat dengan penaksir awam daripada pihak peserta.
zombiezombiTeknologi MaklumatPerisianKomputer yang dikawal dari jauh oleh pengguna hasad dan berperanan sebagai pelantar serangan DDoS terhadap sasaran tertentu. Daemon DDoS akan dipasang pada komputer ini tanpa pengetahuan pengguna sebenar dan daemon ini akan menunggu arahan daripada penggodam untuk tindakan seterusnya. Pada bila-bila masa sahaja penggodam boleh menghantar arahan kepada komputer ini dari lokasi berasingan untuk melancarkan serangan bagi pihaknya. Komputer zombi biasanya menyerang dengan cara membanjiri komputer sasaran dengan limpahan paket data yang tidak berguna tanpa henti. Komputer sasaran akan melihat serangan tersebut berpunca daripada komputer zombi dan bukannya daripada komputer penggodam. Serangan tersebut hanya boleh dihentikan apabila pengguna sebenar menemui dan membatalkan daemon DDoS pada komputernya.
zombiezombiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKomputer yang dikawal dari jauh oleh pengguna hasad dan berperanan sebagai pelantar serangan DDoS terhadap sasaran tertentu. Daemon DDoS akan dipasang pada komputer ini tanpa pengetahuan pengguna sebenar dan daemon ini akan menunggu arahan daripada penggodam untuk tindakan seterusnya. Penggodam boleh menghantar arahan pada bila-bila masa kepada komputer ini dari lokasi berasingan untuk melancarkan serangan bagi pihaknya. Komputer zombi biasanya menyerang secara membanjiri komputer sasaran dengan limpahan paket data tak berguna tanpa henti. Komputer sasaran akan menganggap bahawa serangan berpunca daripada komputer zombi dan bukannya daripada komputer penggodam. Serangan tersebut hanya boleh dihentikan apabila pengguna sebenar menemui dan membatalkan daemon DdoS pada komputernya.

Kembali ke atas