night glow | pijar malam | Matematik | Tiada | Pijar malap di langit bumi yang disebabkan oleh pengionan zarah semiatmosfera pada waktu malam. |
crucible | mangkuk pijar | Kimia | Tiada | Mangkuk pijar yang biasanya diperbuat daripada porselin, yang digunakan untuk melakurkan bahan kimia pepejal. |
filter crucible | mangkuk pijar turas | Kimia | Tiada | Mangkuk pijar yang dibuat daripada kuarza terlakur yang boleh dipanaskan pada suhu tinggi dan disejuk dengan cepat. |
crucible furnace | relau mangkuk pijar | Kimia | Tiada | Relau untuk memanaskan bahan yang diletak di dalam mangkuk pijar. |
red-hot | merah pijar | Kimia | Tiada | Panas sesuatu bahan, lazimnya apabila logam dipanaskan pada suhu tinggi sehingga membara. Merah pijar lebih panas daripada air mendidih tetapi tidak sepanas keadaan panas putih. |
air glow | pijar udara | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pemancaran sinaran secara berterusan dari atmosfera atas di ruang angkasa latitud rendah dan tengah. Pijar udara berbeza daripada pancaran sporadik cahaya kutub yang berlaku di ruang angkasa latitud tinggi. |
incandescent lamp | lampu pijar | Teknik | Elektrik | Lampu yang mengeluarkan cahaya dengan memanaskan filamen dalam mentol kaca. Terdapat beberapa jenis lampu pijar, seperti lampu tungsten-iodin, lampu tungsten-piawai, lampu halogen, dan lampu lilin. |
crucible triangle | segi tiga mangkuk pijar | Kimia | Tiada | Dawai besi bersegi tiga yang disalut dengan tanah liat, yang digunakan di dalam makmal untuk menampung mangkuk pijar di atas kaki tripod. |
crucible triangle | segi tiga mangkuk pijar | Kimia | Tiada | Dawai besi bersegi tiga yang disalut dengan tanah liat, yang digunakan di dalam makmal untuk menampung mangkuk pijar di atas kaki tripod. |
crucible | mangkuk pijar | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang diperbuat daripada tanah liat digunakan sebagai takungan cairan logam panas sebelum dituangkan ke dalam acuan artifak. Alat ini mempunyai bahagian muncung untuk memudahkan aliran logam keluar. Penyepit digunakan untuk memegang mangkuk ini. Contohnya, mangkuk pijar yang ditemui di Ban Na Di, Thailand. |