Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n peniup seruling; (of bagpipes) peniup begpaip: a lone ~ played a melancholy air, seorang peniup begpaip memainkan lagu sedih; he who pays the ~ (calls the tune), siapa yg membayar dialah yg berhak (membuat penentuan); pay the ~, yg membayar: as he was paying the ~, it was only natural that he was in charge of the whole expedition, oleh sebab dia yg membayar, sudah wajarlah dia yg mengendalikan keseluruhan ekspedisi itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piper


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Piper umbellatumlemba (Piper umbellatum)PertanianTiadaTiada
Piper sarmentosumkadukHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba dalam famili Piperaceae yang dikenali juga sebagai sirih duduk atau kaduk batu. Tumbuhan ini hidup liar di tempat teduh dan lembap seperti di bawah pokok lain. Tingginya mencapai 60 cm, daunnya nipis berwarna hijau tua, berkilat, bentuknya bujur seperti jantung, dan beraroma kuat. Bunganya kecil tersusun padat pada jambak spika yang pendek dan berwarna putih. Buahnya sangat kecil. Air rebusan daun digunakan untuk mengubati lemah tulang. Daunnya yang ditumbuk lumat dibuat pupuk untuk mengubati sakit kepala dan panau. Daunnya yang telah dilayur ditampal di dada untuk mengubati sakit dada. Daunnya boleh dikunyah untuk melegakan sakit tekak. Akarnya boleh dikunyah bersama-sama pinang untuk melegakan lelah dan batuk yang berpanjangan. Akarnya yang dikunyah bersama-sama halia pula boleh melegakan sakit gigi. Pucuknya beraroma dan boleh dibuat ulam dan sayur.
Piper betlesirihHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pemanjat dalam famili Piperaceae. Tumbuhan ini ditanam menggunakan kayu sokong atau melekat dan memanjat pada batang pokok dan pagar. Daunnya berbentuk jantung dan permukaan atasnya berkilat. Daun segar digunakan untuk menghentikan darah pada hidung, dibuat cucian sebagai antiseptik, dan dimakan untuk mengubati batuk dan kecacingan. Daun sirih bertemu urat digunakan untuk mandi bunga dalam perubatan tradisional. Daun sirih dimakan bersama kapur, pinang dan gambir sebagai amalan tradisi.
cordatekordatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk pangkal daun yang bercuping bulat seperti bentuk jantung. Contohnya, daun sirih (Piper betle) dan daun kaduk (Piper sarmentosum).
sialagoguesialagogHerbaPemiawaianEkstrak herba yang merangsang pengeluaran air liur. Contohnya, ekstrak akueus halia (Zingiber officinale), sirih (Piper betle) dan lada hitam (Piper nigrum).
betel leaf (piper betel)sirihPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
chemotypekemotipHerbaFitokimiaTumbuhan daripada spesies yang sama tetapi mempunyai kandungan kimia yang berlainan. Contohnya, sirih (Piper betel) mempunyai 7 jenis kemotip. Antaranya, sirih india mengandungi eugenol dan sirih melayu mengandungi kavibetol sebagai komponen utama.
antimalarialantimalariaHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat mencegah, melegakan atau merawat malaria. Contohnya, ekstrak daun kaduk (Piper sarmentosum) yang bersifat antimalaria.
antimycoticantimikotikHerbaPemiawaianSifat agen yang menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan kulat. Contohnya, ekstrak daun sirih (Piper betle) yang bersifat antimikotik.
antiallergyantialahanHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat menghalang atau mengurangkan manifestasi alahan. Contohnya, minyak pati daun sirih (Piper betle) atau ekstrak etanol daun murunggai (Moringa oleifera) yang bersifat antialahan. Sinonim antialergi.
12

Kembali ke atas