Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.sah] | ڤيسه

Definisi : cerai, lerai; ilmu ~ Id ilmu kimia; juru~ Id pelerai, penegah, wasit; berpisah 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucap­kan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; berpisah-pisah berasing-asing, bercerai­-cerai, berdiri sendiri-sendiri; memisah menjauhkan diri (dr), tidak mahu bersama atau bersatu (dgn): dia sengaja ~ dr keluarganya utk mencari pengalaman; memisahkan 1. meleraikan (orang yg ber­gaduh dll), menceraikan: Uda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu; kawasan bukit yg kecil ini ~ lembah Sungai Sittang drpd lembah Sungai Irrawadi; 2. membezakan: walau bagaimanapun mereka itu tidak ~ akidah Islam yg pokok drpd kepercayaan mereka: 3. mengasingkan yg satu drpd yg lain: maksud kita ialah ~ barang itu dr kumpulannya yg semacam; adat istiadat amat keras ~ mereka; 4. = memisah-misahkan memecah-mecah­kan (kumpulan, gerakan, dll) utk menjadikan berpisah-pisah, mencerai-ceraikan: hendak ~ masyarakat yg berbilang kaum; terpisah 1. tidak bersatu (berdekatan, ber­sama dll), terasing, tercerai, terpencil, ter­sendiri: pulau itu ~ dr Semenanjung Tanah Melayu oleh Selat Teberau; pembicaraan yg ~; 2. lepas dr: perjuangan menegakkan bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan ialah perjuangan yg tidak ~ drpd perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini; terpisah-pisah berasing-asing, tercerai-cerai; keterpisahan keadaan (perihal) terpisah, keterasingan; perpisahan 1. perceraian; 2. hal berpisah; malam ~ malam perjumpaan utk menyata­kan selamat berpisah; pemisahan perihal (perbuatan dsb) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dll); pemisah 1. sesuatu yg memisahkan atau menceraikan; badan ~ Id badan yg tugasnya mengamankan segala persengketaan; garis ~ garis yg memisahkan atau menyekat; 2. = juru~ jurupisah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sah] | ڤيسه

Definisi : Kl sengaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sah] | ڤيسه

Definisi : Tr jalan, ikhtiar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sah] | ڤيسه

Definisi : ; berpisah tidak berhubung antara satu dgn yg lain; tidak rapat atau tidak berdampingan kedudukannya; berenggang; berjauhan: Dr Ipoh kami bersama, sesampai di Kuala Lumpur, kami ~. Kedua-dua kota itu letaknya ~ beratus-ratus batu. memisahkan mengasingkan yg satu drpd yg lain; menceraikan: Palung itu digunakan utk ~ bijih timah drpd pasir. perpisahan hal berpisah: Mati merupakan ~ antara jasad dgn roh. pemisahan hal atau perbuatan memisahkan. pemisah sesuatu yg memisahkan atau yg menceraikan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bersarak serasa hilang,
     bercerai serasa mati.

Bermaksud :

Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scriptio plena (L.)tulis pisah/skrip pisahKesusasteraanTiadaTulisan yang menggunakan abjad asal tanpa menyambung antara satu sama lain.
separative efficiencykecekapan pisahKejuruteraanTiadaNisbah perubahan kandungan kerja pisah yang dihasilkan oleh lata per unit masa terhadap kuasa pisah keseluruhan bagi kesemua juzuk pisah dalam lata tersebut.
split phasefasa pisahTeknikElektrikBerkaitan dengan litar bekalan satu fasa yang boleh memberi dua atau tiga arus yang berbeza fasanya. Fasa pisah dapat dicapai melalui sambungan selari regangan yang berbeza nilai; misalnya, pengaruh dan pemuat sesiri disambung selari dengan pengaruh. Fasa pisah diperlukan bagi mendapatkan putaran medan magnet dan seterusnya menggerakkan pemutar motor aruhan satu fasa.
vertical separationjarak pisah tegakKejuruteraan AutomotifTiada1. Jarak pisah tegak: Jarak aras ketinggian antara dua pesawat yang dipisahkan sejauh seribu kaki atau dua ribu kaki semasa di udara.
separatepisahFizikTiadaTiada
separatepisah; cetak lepasPerpustakaanTiadaTiada
separatepisahKejuruteraanTiadaTiada
separatepisahSosiologiTiadaTiada
isotope separationpisah isotopFizikTiadaTiada
modal splitpisah ragamanGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas