Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pla.gia.ris.me] | ڤلاݢياريسمى

Definisi : 1. perbuatan mencedok kata-kata, idea, dll drpd karya orang lain dan meng­gunakannya sbg karyanya sendiri, penjiplakan; 2. sesuatu yg dijiplak, tiruan, cedokan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plagiarisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plagiarismciplakKomunikasiTiadaPerbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. plagiarisme.
pastichepasticheKesusasteraanTiadaTeknik penulisan yang berasaskan sumber daripada karya yang lain. Pastiche terdiri daripada gabungan perkataan, ayat atau petikan daripada seorang pengarang atau daripada beberapa orang pengarang tertentu. Sebuah karya pastiche mungkin terdiri daripada kumpulan atau gabungan imej, episod dan motif yang dipetik daripada pelbagai sumber karya yang lain. Gabungan unsur tersebut dibuat tanpa sebarang perubahan. Pasticle diubahsuai dalam susunan yang baharu dan membentuk sebuah karya yang baharu. Sekurang-kurangnya terdapat dua persepsi khalayak terhadap unsur pastiche. Pertama, karya pastiche yang serius hasil olahan semula bahan daripada sumber pengarang lain dalam bentuk seni yang bernilai tinggi. Kedua, sebuah pastiche yang dianggap sebagai suatu bentuk peniruan yang lemah dan tidak memperlihatkan nilai kematangan seni. Teknik pastiche mendedahkan pengarang kepada unsur ciplak atau plagiarisme terutamanya apabilah sesuatu petikan tidak mencatatkan sebarang sumber asalnya.

Kembali ke atas