deciduous placenta | plasenta desidua | Veterinar | Praklinikal | Plasenta jenis zonari terdapat pada kucing atau anjing; dan diskoid terdapat pada manusia; primat dan sesetengah roden. Plasenta ini merupakan bahagian plasenta ibu yang terpisah daripada uterus serta terlekat pada trofoblas. Plasenta terkeluar selepas fetus dilahirkan. |
placenta | plasenta | Veterinar | Praklinikal | Organ fetomaternal yang terbentuk semasa kebuntingan mamalia. Plasenta merupakan suatu organ endokrin sementara yang menghubungkan ibu dengan janin serta menghasilkan hormon progesteron dan estrogen. Plasenta memindahkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan hasil buangan janin ke dalam edaran darah ibu. Plasenta mempunyai tapak pelekatan bervesel yang berbeza mengikut spesies. Contohnya plasenta tersebar pada kuda; plasenta kotiledon pada lembu; plasenta zonari pada kucing dan plasenta diskoid pada monyet. |
accidental hemorrhage | hemoraj aksidental | Perubatan | Tiada | Perdarahan tapak plasenta sebelum kelahiran ketika plasenta terletak di bahagian uterus atas. |
placentation | pemplasentaan | Veterinar | Praklinikal | Proses pembentukan plasenta antara endometrium ibu dengan membran ekstraembrio. Dengan terbentuknya plasenta; nutrien daripada darah ibu dapat dipindahkan ke darah embrio dan fetus. Hasil buangan daripada darah embrio dan fetus pula dapat dipindahkan ke sistem edaran ibu untuk dibuang. Pemindahan nutrien dan hasil buangan ini adalah dengan merentasi plasenta. |
bilobate placenta | plasenta bilobus | Perubatan | Tiada | Plasenta yang terdiri daripada dua lobus. |
abruptio placentae | abrupsi plasenta | Perubatan | Tiada | Tertanggalnya plasenta sebelum waktunya. |
placenta praevia | previa plasenta | Kejururawatan | Tiada | Keadaan plasenta yang terlekat pada endometrium di bahagian bawah segmen uterus. |
abruptio placentae | abrupsi plasenta | Kejururawatan | Tiada | Pemisahan sebahagian plasenta yang berlaku selepas 20 minggu gestasi.� |
extraplacental | luar plasenta | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan sesuatu yang tidak bersambung dengan plasenta. |
placental lactogen | laktogen plasenta | Veterinar | Praklinikal | Sejenis hormon yang terdapat hanya pada lembu bunting. Hormon ini dirembeskan oleh plasenta. Kehadirannya mula dikesan dalam edaran darah lembu yang telah bunting selama 160 hari. Kepekatan hormon ini mencapai tahap maksimum (lebih kurang 1000 ng/mL) pada hari ke-200 kebuntingan sehingga anak dilahirkan. Peranan hormon ini tidak jelas tetapi dipercayai mempunyai fungsi seperti hormon prolaktin dan hormon pertumbuhan. |