minimum effective plasma concentration | kepekatan plasma efektif minimum | Farmasi | Farmaseutik | Kadar kepekatan suatu drug yang mesti dicapai dalam plasma sebelum sebarang kesan terapeutik atau farmakologi diperoleh. Sinonim konsentrasi plasma terapeutik minimum, kepekatan plasma terapeutik minimum. |
plasma | plasma | Fizik | Atom dan Nuklear | Kumpulan gas neutral makroskop yang terion sepenuhnya dan memberi kesan fizik secara kolektif. Plasma merupakan satu daripada empat keadaan jirim. Keadaan yang lain adalah gas, cecair dan pepejal. Plasma bersifat konduksi, peka kepada medan elektrik dan magnet, serta digunakan sebagai sumber tenaga dan sinaran. |
cold plasma | plasma sejuk | Kejuruteraan | Tiada | Plasma yang gegaran termanya diabaikan. |
laser plasma | plasma laser | Kejuruteraan | Tiada | Plasma yang terhasil daripada saling tindakan antara denyut laser berkeamatan tinggi dengan permukaan bahan. |
collisionless plasma | plasma tanpa perlanggaran | Kejuruteraan | Tiada | Plasma berketumpatan rendah yang tidak dipengaruhi oleh sebarang perlanggaran hampir perduaan. |
low density plasma | plasma ketumpatan rendah | Kejuruteraan | Tiada | Plasma yang mengandung bilangan ion per unit isi padu yang kecil. |
high density plasma | plasma ketumpatan tinggi | Kejuruteraan | Tiada | Plasma yang mengandung bilangan ion per unit isipadu yang besar. |
blood plasma | plasma darah | Perubatan | Tiada | Bahagian cecair darah (tanpa sel) yang mengandungi protein plasma, elektrolit, nutrien dan bahan kumuhan. |
blood plasma | plasma darah | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Komponen cecair darah yang meliputi separuh daripada isi padu darah. Plasma mengandungi nutrien dan pelbagai protein, terutamanya albumin dan globulin. |
blood plasma | plasma darah | Sains Forensik | Tiada | Cecair darah yang tertinggal apabila sel darah diasingkan. Cecair ini terdiri daripada air dan bahan-bahan lain seperti protein, nutrien, antibodi, enzim dan hormon. Plasma darah merupakan serum darah, fibrinogen atau faktor-faktor pembekuan lain. Lihat juga serum darah. |