Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plat] | ڤلت

Definisi : jarum penyemat, peniti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plat] | ڤلت

Definisi : kepingan nipis logam, plastik, dsb utk menulis nama, nombor, dsb; ~ arloji piring jam tempat ditulis angka; ~ layar sarung jari tukang pembuat layar; ~ nombor plat yg memaparkan nombor pendaf­taran sesebuah kenderaan (spt kereta, moto­sikal dsb), biasanya dipasangkan di bahagian hadapan dan belakang kenderaan itu; ~ panas besi leper, biasanya pd dapur gas atau elektrik yg dipanaskan dgn kuasa elektrik, digunakan utk memasak atau memanaskan makanan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plat] | ڤلت

Definisi : kepingan logam (plastik dll) yg tipis: nombor ~ nombor yg terdapat pd plat kenderaan. ~ muka plat yg berlubang-lubang permukaannya dan digunakan utk melarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plate heat exchangerpenukar haba platMakanan dan PemakananTeknologi MakananPenukar haba yang terdiri daripada plat-plat tegak yang mempunyai gasket dan saluran untuk mengawal aliran dan membolehkan terjadi aliran selari atau berlawanan. Bendalir pemanasan dan penyejukan mengalir melalui laluan berkeluk yang berselang-seli antara plat tegak. Alat ini mempunyai permukaan pemindahan haba yang luas dan mudah dibersihkan. Penukar haba ini sering digunakan untuk bendalir berkelikatan rendah.
paleotectonic mappeta paleotektonikGeografiTiadaPeta yang menunjukkan gerakan plat-plat tektonik pada zaman lalu.
paleotectonic mappeta paleotektonikGeologiTiadaPeta yang menunjukkan gerakan plat-plat tektonik pada zaman lalu.
liquid rheostatreostat cecairKejuruteraanTiadaReostat yang terdiri daripada plat-plat logam terendam dalam cecair beraliran.
laminated springspring berlaminaKejuruteraanTiadaPegas melengkung yang dibentuk daripada plat-plat nipis yang bertindihan di antara satu dengan yang lain.
jaggerpahat bergerigiKejuruteraanTiadaUnjuran kasar yang berbentuk piramid atau kerucut, yang tertuang pada plat-plat logam untuk kegunaan faundari.
bubble captetopi gelembungKimiaTiadaPeranti yang berbentuk cawan terlungkup dengan pinggirnya bergerigi, digunakan untuk menghubungkan plat-plat penyuling atau turus serapan.
bubble captetopi gelembungKejuruteraanTiadaPeranti yang berbentuk cawan terlungkup dengan pinggirnya bergerigi, digunakan untuk menghubungkan plat-plat penyuling atau turus serapan.
aesthenosphereastenosferaGeografiTiadaZon mantel yang terletak di bawah litosfera. Zon ini adalah bersifat plastik di mana plat-plat litosfera dikatakan terapung bagi cawangan sungai.
laminated glasskaca berlaminaKejuruteraanTiada1. Cermin keselamatan untuk kenderaan, dengan saput plastik lut sinar diapit di antara plat-plat kaca, dengan itu mengurangkan penyerpihan dan menghalang penembusan penumpang.
12345678910...

Kembali ke atas