plot-to-plot variation | ubahan plot-ke-plot | Pertanian | Tiada | Tiada |
sub-plot | anak plat | Kesusasteraan | Tiada | Plot sampingan daripada plot utama dalam sesebuah karya sastera. Anak plot menjadi pelengkap kepada plot utama, berkontras dengannya, atau turut memberikan aksi tambahan dan komplikasi kepada plot utama. Lihat juga plot. |
double plot | plot kembar | Kesusasteraan | Tiada | Plot sampingan atau plot anak yang berhubung dengan aksi penting atau aksi pokok, sama ada sebagai plot yang berlawanan atau berjalan selari dan melengkapi. |
plot | plot | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita atau susunan peristiwa dalam sesebuah karya mengikut hukum sebab dan akibat. Plot biasanya ditemui dalam karya sastera seperti novel, drama, dan teater. Susunan episod dalam plot tidak semestinya mengikut urutan yang bersifat kronologi. Struktur plot yang konvensional mengandungi eksposisi, koplikasi, dan resolusi. Eksposisi ialah bahagian awal yang memperkenal setiap watak. Hubungan dan kerencaman watak tersebut menimbulkan konflik, sama ada antara watak atau dalam diri watak itu sendiri. Komplikasi ialah tahap pertengahan cerita yang mengembangkan konflik dan mengakibatkan ketegangan, kejutan dan muslihat, sehingga mencapai tahap klimaks, iaitu titik tumpuan cerita. Resolusi pula merupakan bahagian akhir yang memberi peleraian sesebuah plot. Namun, tidak semua naratif memperlihatkan struktur plot yang konvensional. Plot yang tidak konvensional tidak bersifat kronologi. Oleh itu, plot itu tidak mengikut rentetan eksposisi, komplikasi dan resolusi. Contohnya, ada naratif yang plotnya langsung tid |
check-basin irrigation | pengairan lembangan kawal | Pertanian | Tiada | Pengairan dengan cepat ke atas plot-plot yang hampir rata dan dikelilingi oleh tetambak. |
Arrhenius plot | plot Arrhenius | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Plot logaritma kadar tindak balas (1n r) melawan songsangan, suhu (1/T) bagi sesuatu tindak balas kimia. Cerun plot ini ialah tenaga keaktifan dan penyentuh di paksi 1n r ialah faktor praeksponen. |
Othmer plot | plot Othmer | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Plot logaritma tekanan wap bahan melawan tekanan wap bahan rujukan yang diketahui sifatnya (biasanya air atau sebarang pelarut) pada suhu yang ditetapkan. Plot ini digunakan untuk memudahkan kaedah penentudalaman atau penentuluaran tekanan wap sesuatu bahan pada suhu yang sama dibuat. |
During plot | plot Duhring | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Plot logaritma suhu bahan melawan suhu bahan rujukan yang diketahui sifatnya pada keadaan tekanan wap yang ditetapkan. Bahan rujukan yang biasa digunakan ialah air atau sebarang pelarut. Plot ini biasanya bersifat linear bagi julat suhu yang agak besar. Kaedah ini memudahkan kaedah penentudalaman atau penentuluaran sifat bahan pada suhu yang berbeza dibuat. |
Arrhenius plot | plot Arrhenius | Fizik | Nanoteknologi | Satu plot garis lurus ln y melawan 1/T (atau 1/kT) bagi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea= tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Persamaan Arrhenius berlaku untuk kebanyakan proses terma seperti pemancaran elektron dari suatu dawai panas dan pertumbuhan kultur bakteria. Plot Arrhenius sangat berguna untuk menentukan tenaga pengaktifan sesuatu proses. |
organic plot | plot organik | Kesusasteraan | Tiada | Plot yang memperlihatkan susunan peristiwanya terjalin erat, kemas serta padu. |