plumbum | plumbum | Perubatan | Tiada | Tiada |
lead-acid cell | sela asid plumbum | Teknik | Elektrik | Sel sekunder yang menggunakan plumbum peroksida dan plumbum mampung sebagai elektrodnya dan asid sulfat cair sebagai elektrolitnya. |
lead-acid type battery | bateri jenis asid plumbum | Kejuruteraan | Tiada | Sel sekunder yang terdiri daripada elektrod plumbum, yang positif disaluti plumbum dioksida, yang terendam dalam larutan asid sulfurik. |
desilverization | pendeargentuman | Kimia | Tiada | Penyingkiran argentum daripada plumbum dengana mencampurkan zink kepada plumbum lebur. Zink tersebut akan bergabung dengan argentum yang terdapat pada plumbum lebur untuk membentuk sebatian yang tidak larut di dalam leburan plumbum, dan dengan itu sebatian ini mudah diasingkan. |
lead accumulator | akumulator plumbum | Kejuruteraan | Tiada | Sel sekunder yang mengandungi elektrod plumbum, dengan yang positif diselaputi plumbum dioksida, terendam dalam larutan asid sulfurik. |
lead | plumbum | Kimia | Tiada | Unsur logam dalam kumpulan IVA (atau 14) jadual berkala, simbol Pb, nombor atom 82, berat atom 207.2, nombor pengoksidaan +2 dan +4, takat lebur 327.4°C, takat didih 1755°C, berbentuk pepejal kelabu, lembut, mulur, tahan kakis, pengalir elektrik yang lemah, larut sedikit di dalam air dan terdapat empat isotop yang stabil. Isotop-isotop ini merupakan hasil reputan unsur radioaktif uranium-206, torium-208 dan aktinium-207. Plumbum diperoleh daripada pemanggangan dan penurunan bijih galena (plumbum sulfida), anglesit (plumbum sulfat) dan serusit (plumbum karbonat). Unsur ini digunakan untuk membuat bateri storan, aloi pengimpal dan penyalut kabel. |
sponge lead | plumbum mampung | Teknik | Elektrik | Plumbum berliang yang digunakan sebagi plat dalam bateri storan asid. |
lead equivalent | setara plumbum | Kejuruteraan | Tiada | Ketebalan plumbum yang memberi perlindungan yang sama seperti yang diberikan oleh bahan tertentu pada keadaan penyinaran yang sama. |
lead bronze | gangsa plumbum | Kejuruteraan | Tiada | Gangsa yang ditambah plumbum untuk memperbaiki kebolehmesinan gangsa dan memperbaiki ketahanan haus bagi galas gangsa. |
lead peroxide | plumbum peroksida | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gabungan plumbum dan oksigen berwarna coklat, yang terdapat pada plat positif dalam bateri. |