additional pawned item | barang gadaian lekapan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Barang yang berasingan tetapi melekat yang dijadikan barang gadaian. Contohnya, buah dengan pohonnya, pokok dengan tanahnya atau rumah dengan tanahnya. Syarak menghendaki barang ini tidak boleh diasingkan. Sekiranya barang tersebut hendak dijadikan barang gadaian seperti menggadaikan buah di pokok, mestilah bersama-sama pohonnya atau menggadaikan pokok mestilah bersama-sama dengan tanahnya. Barang gadaian lekapan dikenali juga sebagai barang terkumpul. |
perendaman | perendaman | Kesenian | Tiada | Proses merendam rotan yang baru diambil dari pohonnya. Rotan direndam selama beberapa hari supaya lembut dan mudah dibelah. |