park savanna | savana taman | Geografi | Tiada | Sejenis savana yang pokok-pokoknya tumbuh sangat rengang. |
Areca catechu | Pinang | Pertanian | Tiada | Tumbuhan daripada famili Arecaceae yang pokoknya tinggi dan tidak bercabang. Daunnya jenis majmuk pinat yang berpelepah panjang. Bunganya kecil dalam susunan mayang dan menghasilkan buah bertandan yang berwarna hijau, bertukar kepada jingga kemerahan apabila masak. Asalnya ditanam untuk kegunaan bijinya, kini diperkenalkan sebagai hiasan landskap. Biji buah pinang mengandungi alkaloid arekolina. Daun digunakan secara luaran untuk rawatan demam dan pening kepala. Biji daripada buah matang dimakan bersama sirih, digunakan untuk mengubati luka dan bisul. Serbuk bijinya boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Air rebusan putik buah digunakan untuk menyuburkan peranakan. |
evergreen forest | hutan malar hijau | Geografi | Tiada | Sejenis hutan di mana pokok-pokoknya berdaun malar hijau sepanjang tahun. |
artichoke (Cynara scolymus) | articok (Cynara scolymus) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Herba yang tinggi pokoknya dari genus Cynora scolymus yang menyerupai sejenis tumbuhan liar yang berdaun kasar berbelah seperti bulu ayam dan bunganya dimasak sebagai sayur. |
Areca catechu | pinang | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan daripada famili Arecaceae yang pokoknya tinggi dan tidak bercabang. Daunnya jenis majmuk pinat yang berpelepah panjang. Bunganya kecil dalam susunan mayang dan menghasilkan buah bertandan yang berwarna hijau, bertukar kepada jingga kemerah-merahan apabila masak. Pada asalnya, pinang ditanam untuk kegunaan bijinya tetapi kini diperkenalkan sebagai hiasan landskap. Biji buah pinang mengandungi alkaloid arekolina. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat demam dan pening kepala. Biji daripada buah matang dimakan bersama sirih dan digunakan untuk mengubati luka dan bisul. Serbuk bijinya boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Air rebusan putik buah digunakan untuk menyuburkan peranakan. |
optional payment bond | bon bayaran pilihan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang faedah dan/atau pokoknya boleh dibayar dengan lebih daripada satu mata wang asing mengikut pilihan pemegangnya. |
evergreen tropical rain forest | hutan hujan tropika malar hijau | Geografi | Tiada | Hutan hujan tropika yang mana pokok-pokoknya berdaun hijau di sepanjang tahun. |
melon | tembikai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Buah yang besar, bulat dan mempunyai isi berwarna merah dan berair yang pokoknya merayap di atas tanah. |
deciduous forest | hutan daun luruh | Geografi | Tiada | Sejenis hutan yang terdapat di kawasan latitud sederhana di mana pokok-pokoknya mempunyai keupayaan meluruhkan daun tiap tahun pada musim bunga. |
guaranteed bond | bon terjamin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang dijamin oleh pihak lain selain penerbitannya dari segi ketepatan bayaran faedah dan pokoknya. |