Provost Marshal | Marsyal Polis Tentera | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
noncombatant | bukan penempur (polis & tentera) | Sejarah | Tiada | Tiada |
barrack | berek | Undang-undang | Tiada | Bangunan besar atau asrama untuk menempatkan anggota tentera, polis, dan sebagainya. |
counterterrorism | cegah keganasan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Amalan, taktik, teknik atau strategi ketenteraan yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan, tentera, polis atau entiti-entiti lain bagi menentang keganasan. Kebanyakan strategi cegah keganasan membabitkan peningkatan dalam aktiviti risikan oleh pihak berkuasa, termasuk melakukan pintasan komunikasi dan penjejakan terhadap individu disyaki. Kebanyakan negara menggubal undang-undang antikeganasan bagi menyatakan bahawa perbuatan seperti mengebom, merampas kapal terbang, menculik atau mengambil tebusan sebagai jenayah keganasan. Walau bagaimanapun, amalan cegah keganasan biasanya sering membawa kepada penghakisan hak asasi sivil dan politik kerana ia menggalakkan kes penahanan tanpa bicara, penangkapan sewenang-wenang dan pembunuhan tanpa izin mahkamah. |
unmanned aerial vehicle (UAV) | pesawat tanpa pemandu | Kejuruteraan | Tiada | Sejenis kenderaan udara yang beroperasi tanpa pemandu yang digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pengawasan oleh pihak tentera, polis serta kegunaan domestik lain. |
autonomy | autonomi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Hak untuk membentuk dan melaksanakan undang-undang atau peraturan tertentu secara bebas di wilayah yang diberikan status autonomi oleh sesebuah negara. Bidang tertentu biasanya tidak diberikan kuasa autonomi seperti angkatan tentera, polis dan perhubungan luar negeri. Contoh wilayah autonomi ialah Acheh, Indonesia dan Mindanao, Filipina. |
police court magistrate | majistret mahkamah polis | Sejarah | Tiada | Anggota kehakiman yang ditugaskan dalam mahkamah khas seperti mahkamah tentera. |
banner | kain rentang; tajuk rentang | Undang-undang | Tiada | 1. Sekeping kain atau kertas, biasanya empat segi bujur besar yang mempunyai cogan kata atau corak yang dibawa dalam satu tunjuk perasaan atau perarakan.,2. Tajuk utama di muka hadapan akhbar.,3. Jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan.,4. Bendera yang mempunyai lambang sesuatu pasukan tentera, polis dan sebagainya. |
administrative neutrality | keberkecualian pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Prinsip pentadbiran yang tidak memihak atau menyebelahi individu dan badan tertentu yang berkepentingan. Prinsip ini menjadi panduan kepada pegawai tadbir supaya tidak bersikap condong kepada pihak tertentu dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Sebagai contoh, pegawai tadbir khususnya anggota perkhidmatan awam seperti Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir Diplomatik, polis mahupun tentera akan tetap berkhidmat walaupun Perdana Menteri dan kabinet telah bertukar. Dalam keadaan ini, anggota perkhidmatan awam mestilah patuh kepada kerajaan baru. Sinonim keneutralan pentadbiran |