radical | radikal | Sejarah | Tiada | 1. Kumpulan politik yang menyokong pembaharuan atau perubahan dalam sesuatu dasar pemerintahan. |
abstention | tegah diri; kekecualian | Sains Politik | Tiada | 1. Tidak mengundi dalam sesuatu mesyuarat, perhimpunan atau sebagainya, walau pun hadir di majlis berkenaan semasa pengundian dijalankan.,2. Amalan atau tindakan yang menahan diri daripada melibatkan diri dalam politik atau campur tangan antarabangsa. |
bipolar | dwikutub | Sains Politik | Tiada | 1. Pola perhubungan antarabangsa yang bertumpukan kepada dasar serta tindak-tanduk dua kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet pada masa era perang dingin dahulu. |
bomber | pesawat pengebom | Sains Politik | Tiada | 1. Kapal atau pesawat terbang yang digunakan untuk mengebom.,2. Boleh juga merujuk kepada askar yang telah dilatih untuk mengebom. |
administrative communication | komunikasi pentadbiran | Sains Politik | Tiada | 1. Pernyataan oleh pihak yang bertanggungjawab mengurus dan mengelolakan perjalanan sesebuah organisasi.,2. Perhubungan antara sesama bahagian pentadbiran dan antara pihak pentadbiran dengan pihak-pihak lain tentang pelaksanaan dasar dan keputusan. |
body politic | badan keperlembagaan | Sains Politik | Tiada | 1. Sebuah pertubuhan atau organisasi yang dibentuk untuk matlamat tertentu.,2. Bangsa atau negara di bawah suatu pemerintahan. |
authority | pihak berkuasa; wibawa; autoriti | Sains Politik | Tiada | 1. Orang atau kumpulan yang mempunyai kuasa memerintah. 2. Kuasa untuk memberi perintah dan membuat keputusan. |
abdicate | turun takhta; letak kuasa | Sains Politik | Tiada | 1. Tindakan seorang raja yang sedang memerintah berhenti daripada menjadi raja dan memberikan takhtanya kepada seorang yang lain.,2. Tindakan seseorang atau sesuatu pihak yang sedang berkuasa menyerahkan kuasanya kepada seseorang atau sesuatu pihak yang lain. |
act of state | tindakan negara | Sains Politik | Tiada | 1. Tindakan kerajaan atas nama negara sama ada di peringkat antarabangsa mahu pun dalam negeri. |
United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA)) | Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan di bawah PBB yang beribu pejabat di Amman, Jordan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1949 menggantikan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin sebagai pertubuhan utama PBB dalam hal ehwal pelarian Palestin. Pada tahun 1999, lebih kurang 3.6 juta orang yang menjadi pelarian akibat beberapa peperangan yang berlaku antara negara Arab dengan Israel, telah berdaftar dengan UNRWA. Daripada jumlah ini, 1.1 juta orang ditempatkan di kem pelarian UNRWA. Walaupun pada asalnya pertubuhan ini hanya memainkan peranan dalam urusan penghantaran balik pelarian ke negara asal mereka, ganti rugi dan penempatan semula, pertubuhan ini kemudiannya terpaksa memikul tanggungjawab menyediakan rumah, makanan dan pendidikan bagi pelarian ini di Lubnan, Syria, Jordan, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Pertubuhan ini juga menghadapi pelbagai masalah berkaitan persaingan kepentingan antara Israel, negara- negara Arab dan pergerakan Palestin. Sinonim UNRWA. |