postmortem | postmortem/bedah siasat | Perubatan | Tiada | Pemeriksaan yang dilakukan ke atas mayat untuk menentukan penyebab kematian atau proses penyakit. |
postmortem | postmortem | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan sesuatu yang berlaku atau yang dilakukan sesudah kematian, misalnya pembedahan ke atas mayat. Bdg. antemortem. |
postmortem autolysis | autolisis postmortem | Perubatan | Tiada | Perubahan yang berlaku pada tisu sejurus selepas mati |
antemortem | antemortem | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan sesuatu yang berlaku atau dilakukan sebelum mati. Bdg. postmortem. |
anthropometry | antropometri | Sains Forensik | Tiada | Kaedah pengecaman individu yang menggunakan catatan ukuran utama badan sebagai rekod unik seseorang. Kaedah ini dicipta oleh Alphonse Bertillon dan digunakan sebelum pengenalan cap jari. Kaedah ini boleh digunakan dalam postmortem untuk membantu pengenalan fizikal individu. |
sodium fluoride poisoning | keracunan natrium fluorida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada natrium fluorida (formula kimia, NaF). Ion fluorida bertindak sebagai racun sel secara langsung dengan mengganggu metabolisme kalsium dan mekanisme enzim. Natrium flourida membentuk mendakan dengan kalsium lalu merendahkan aras kalsium plasma. Kepekatan 1%-2% boleh menyebabkan keradangan dan nekrosis membran mukus. Had pendedahan ialah 0.002 mg/L, dan dos maut ialah 5 mg/kg - 10 mg/kg. Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan peliuran, loya dan muntah, cirit-birit, dan sakit abdomen. lni diikuti dengan keadaan lemah, terketar-ketar, pernafasan lemah, spasma karpopedal, dan konvulsi. Kematian disebabkan perlumpuhan pernafasan. Jika kematian tidak berlaku dengan segera, demam kuning dan oliguria mungkin terjadi. Penemuan postmortem ialah hiperemia serebrum dan edema, edema pulmonari, dan kemerosotan hati dan buah pinggang. Kematian akibat penyerapan lama menunjukkan penebalan struktur tulang disebabkan pengapuran dalam percantuman liga |