Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.tén.si] | ڤوتينسي

Definisi : (poténsi) kemampuan (mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupaya­an utk berkembang maju dsb: EEC akan memberikan penerangan kpd Asean tentang hasil kajian berhubung dgn ~ usaha sama antara negara-negara Asean; berpotensi mempunyai potensi, berkemam­puan, berkebolehan, berkesanggupan, berke­upayaan (utk berkembang maju dsb): rasional, sikap yg mengabaikan pasaran ASEAN yg jelas ~ sesungguhnya sukar hendak difahami; pemimpin yg ~; adakah kata-kata itu ~ utk digunakan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.tén.si] | ڤوتينسي

Definisi : /poténsi/ kemampuan utk mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu; keupayaan: Beliau mempunyai ~ utk lulus dgn cemerlang. berpotensi mempunyai potensi, berkemampuan, berkeupayaan: Memandangkan kebolehannya, beliau ~ utk menjadi pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potensi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kebolehan, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kecekapan, kelayakan, bakat, kaliber;,
Kata Terbitan : berpotensi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
potensipotensiHerbaPeraturan dan PemasaranUkuran keberkesanan suatu ubat yang dinyatakan sebagai jumlah bahan aktif yang diperlukan untuk menghasilkan kesan yang diingini. Contohnya, tablet Senokot yang digunakan sebagai laksatif mengandungi sena terpiawai sebanyak 7.5 mg senosida total yang dihitung sebagai senosida B.
action potentialpotensi aksiSains SukanBiomekanikPotensi yang diperlukan oleh neuron (sel saraf) bagi memboleh- kan proses sinaptik berlaku. Potensi ini merujuk kepada keupayaan elektrik yang terbentuk pada membran sel secara cepat dan tersebar mengikut membran sel tisu yang terlibat. Ia terhasil daripada proses elektrokimia akibat perubahan ketelapan membran sel neuron terhadap ion tertentu. Perubahan ketelapan ini menyebabkan berkurangnya pengutuban membran sehingga mencapai tahap nilai ambang yang kemudiannya mencetuskan keupayaan tindakan (potensi aksi). Reaksi ini merupakan asas pergerakan impuls elektrik pada tisu berkenaan. Lihat juga proses sinaptik.
biotic potentialpotensi biotikPertanianAgronomi

Keupayaan maksimum bagi sesuatu organisma yang dapat membiak dalam keadaan persekitaran yang optimum. Potensi biotik biasanya dihadkan oleh rintangan persekitaran seperti keadaan suhu dan kelembapan. Potensi biotik akan menjadi kenyataan sekiranya keadaan persekitaran yang paling sesuai diperolehi. Organisma yang berpotensi biotik akan berkembang mengikut pertumbuhan secara eksponen dan dididapati mempunyai tahap kesuburan yang tinggi.

excitationpengujaanSains SukanBiomekanikProses apabila sel berada dalam keadaan depolarisasi dan bersedia untuk menjana potensi aksi. Lihat juga potensi aksi.
anaesthetic potencypotensi anestesiaPerubatanTiadaKekuatan atau keberkesanan ubat anestesia yang digunakan kepada pesakit. Ubat yang mengandungi dos kecil tetapi memberi kesan anestesia yang kuat dapat dianggap sebagai ubat yang mempunyai potensi tinggi. Contohnya, agen meruap halotana mempunyai potensi yang lebih tinggi berbanding agen meruap isoflurana kerana boleh menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri atau pengsan lebih cepat dan lama.
visual evoked potentialpotensi terangsang penglihatanSains KesihatanTiadaKeupayaan elektrik yang dihasilkan oleh aktiviti gelombang otak sebagai potensi terhadap rangsangan penglihatan.
discharge ratekadar nyahcasSains SukanBiomekanikKadar neuron menyahcaskan potensi aksi yang diukur dalam unit Hertz. Lihat juga potensi aksi.
desiccation toleranceketahanan pengeringanBotaniTiadaKeupayaan tumbuhan untuk berfungsi pada potensi air yang rendah. Ketahanan pengeringan diukur berdasarkan potensi air persekitaran atau kandungan air tisu yang menyebabkan 50% kematian sel.
conduction velocityhalaju konduksiSains SukanBiomekanikHalaju impuls yang disebabkan oleh potensi aksi. Halaju ini merambat di sepanjang membran yang teruja. Lihat juga potensi aksi.
potential evapotranspirationpotensi penyejatpeluhanPertanianAgronomi

Keupayaan faktor persekitaran seperti suhu dan kelembapan relatif untuk menyebabkan kehilangan air dari permukaan tanah melalui penyejatan dan daripada tanaman melalui proses penyejatpeluhan. Suhu yang tinggi serta kelembapan yang rendah meningkatkan keupayaan penyejatpeluhan. Potensi penyejatpeluhan diukur dengan alat takungan evaporimeter yang mencatatkan kehilangan air dalam satu hari yang didedahkan kepada matahari.

12345678910...

Kembali ke atas