over the counter drug | ubat tanpa preskripsi | Perubatan | Tiada | Ubat yang boleh didapati dari kedai farmasi, kedai runcit dan jualan langsung tanpa memerlukan preskripsi daripada pengamal perubatan. Di Malaysia, ubat tanpa preskripsi dimasukkan dalam kumpulan C, D dan E yang biasanya digunakan untuk rawatan kendiri bagi masalah yang ringan dan sementara. Contohnya ialah Paracetamol, vitamin dan ubat cacing. |
prescribing principle | prinsip preskripsi | Perubatan | Tiada | Dasar yang diamalkan oleh doktor dalam memberi preskripsi untuk menghasilkan kesan terapeutik yang terbaik kepada pesakit tanpa mendatangkan bahaya atau kesalahan. Prinsip ini berbeza mengikut jenis penyakit dan keadaan pesakit. Golongan kanak-kanak, neonat, wanita hamil, wanita menyusu dan geriatrik menggunakan prinsip preskripsi yang berbeza-beza. |
drug prescription | preskripsi ubat | Perubatan | Tiada | Arahan bertulis daripada doktor perubatan atau pergigian kepada ahli farmasi yang merangkumi nama dan dos ubat yang perlu diberi berserta jangka masa rawatan, diagnosis penyakit dan maklumat peribadi pesakit. Kebanyakan ubat memerlukan preskripsi doktor sebelum dapat digunakan oleh pesakit. Walau bagaimanapun, terdapat ubat yang boleh didapati daripada ahli farmasi tanpa preskripsi yang dikenali sebagai ubat tanpa preskripsi. |
field prescription | preskripsi ladang | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah membuat sesuatu syor tindakan berdasarkan cerapan yang dibuat di ladang tanpa memerlukan analisis di makmal. Contohnya, seorang pegawai pertanian memerhati warna daun tua tanaman menjadi kekuningan keseluruhannya dan membuat tafsiran bahawa tanaman itu kekurangan nitrogen. Tanpa menganalisis kandungan nitrogen di makmal, beliau membuat preskripsi ladang supaya baja nitrogen perlu ditambah. |
food and drug administration (FDA) | pentadbiran makanan dan ubatan (FDA) | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Agensi yang berada di bawah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat yang bertanggungjawab untuk melindungi dan mempromosi kesihatan umum melalui undang-undang dan pengawalan keselamatan makanan, produk tembakau, makanan tambahan, preskripsi dan dadah tanpa preskripsi, vaksin, biofarmaseutikal pemindahan darah, peralatan perubatan, kosmetik, makanan haiwan dan ternakan dan produk veterinar. |
prescription | preskripsi | Perubatan | Tiada | Arahan bertulis untuk sesuatu persediaan dan pemberian ubatan. |
prescription | preskripsi | Perubatan | Tiada | Tiada |
prescription | preskripsi | Pertanian | Tiada | Tiada |
prescription | preskripsi | Undang-undang | Tiada | Tiada |
prescription | preskripsi | Perubatan | Tiada | Arahan bertulis yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan atau pergigian untuk sesuatu persediaan dan pemberian ubat kepada pesakit. |