performance rating | pengadaran prestasi ; kadar prestasi ; kadaran perlakuan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
performance rating | pengadaran prestasi ; kadar prestasi ; kadaran perlakuan | Kejuruteraan | Tiada | Menaksir aras usaha insani yang dilakukan oleh pengendali, berasaskan gagasan kerja biasa yang ditentukan pencerap, demi melaraskan data kajian kerja. Sinonim: pengadaran usaha atau pengandaran jangkah. |
benchmarking | penandaarasan | Pengurusan | Perancangan | Proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenal pasti dan membandingkan prestasi sesebuah organisasi dengan prestasi organisasi lain yang dianggap mempunyai amalan terbaik. Penandaarasan bertujuan untuk memperbaik mutu atau prestasi seperti mana yang telah dicapai oleh organisasi yang berkenaan. Contoh aktiviti penandaarasan yang berjaya ialah sebuah syarikat cetakan pendua dari Amerika Syarikat yang berjaya memperbaik prestasi perkhidmatannya dengan merujuk kepada amalan terbaik syarikat-syarikat pesaing dari Jepun. |
performance supervision | pemantauan prestasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pengawalseliaan majikan terhadap pekerja dalam konteks prestasi kerja. Setiap organisasi mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza-beza dalam membuat pemantauan. Pemantauan prestasi ini berteraskan lima kaedah utama, iaitu pengenalpastian matlamat organisasi yang hendak dicapai, penetapan standard kerja yang optimum sebagai garis panduan kerja, pelaksanaan kerja yang telah ditetapkan dan penyemakan terhadap kerja yang telah dilakukan, penilaian prestasi berdasarkan standard yang telah ditetapkan dengan yang sebenar dilakukan dan pemberian maklum balas hasil daripada penilaian yang dibuat. Biasanya, pengawalseliaan ini bukan sahaja melibatkan cara pekerja melaksanakan tugas tetapi mencakupi cara majikan menyediakan kemudahan terhadap pekerja. |
performance indicator | petunjuk prestasi | Pengurusan | Perancangan | Kaedah pengukuran yang digunakan oleh organisasi dengan mengenal pasti faktor-faktor utama untuk tujuan penilaian prestasi. Contohnya, pekerja boleh dinilai bagi menentukan tahap prestasi mereka dari segi penyempurnaan tugasan, kecekapan, penampilan, tingkah laku, disiplin dan juga interaksi dengan majikan dan sesama pekerja. Bagi organisasi, petunjuk prestasi seperti kedudukan kewangan, syer pasaran dan kecekapan operasi boleh digunakan untuk menilai pencapaian matlamat atau kejayaan organisasi tersebut. |
achievement quotient | nisbah pencapaian | Pendidikan | Tiada | Nilai prestasi yang dijangka dengan prestasi sebenar yang biasanya terdapat dalam ujian tara. |
organisational performance | prestasi organisasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tahap pencapaian mutu kerja dan pelaksanaan bidang tugas dalam sesebuah organisasi. Prestasi diukur dalam bentuk kejayaan atau kegagalan organisasi memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik. Dalam konteks kakitangan, ganjaran sering dilihat sebagai pemangkin yang mendorong prestasi kakitangan untuk memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik. Organisasi yang mantap dari segi pengurusan dan pentadbiran biasanya membuktikan bahawa prestasi yang dimilikinya adalah sentiasa cemerlang. Walau bagaimanapun, prestasi organisasi juga banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kedudukan kewangan, kemahiran kakitangan, imej organisasi, serta persekitaran dalaman dan luaran organisasi. |
performance standard | piawai prestasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu bentuk pengukuran prestasi individu atau sesebuah organisasi yang berdasarkan kepada prosedur tertentu yang telah ditetapkan bagi menjamin kualiti dan kredibiliti. Piawai yang ditetapkan ini akan menunjukkan tingkat pencapaian apabila ukuran prestasi semasa dinilai sama ada telah mencapai sasaran yang ditetapkan. Ia juga sering kali merujuk kepada satu piawai yang tinggi atau lengkap, melibatkan pelbagai bahagian pentadbiran seperti operasi, kewangan, perundangan dan pembangunan organisasi. Walau bagaimanapun, piawai prestasi antara sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain adalah berbeza kerana wujudnya sistem pentadbiran dan pengurusan yang berbeza. |
balanced scorecard | kad skor berimbang | Pengurusan | Perancangan | Alat dan teknik yang digunakan dalam sistem pengukuran dan pengurusan prestasi sesebuah organisasi. Alat dan teknik ini mengandungi metrik pengukuran prestasi yang mencakupi perspektif yang berimbang antara prestasi kewangan dengan bukan kewangan, termasuk perspektif kepuasan pelanggan, kecekapan proses dan pembelajaran organisasi. |
profit performance | prestasi untung | Ekonomi | Tiada | Prestasi firma yang dilihat dari segi kadar keuntungan yang diperolehi. |