method of warfare | cara berperang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Sebarang kaedah atau strategi yang digunakan bagi memenangi sesuatu peperangan atau pertempuran. Cara berperang adalah dibenarkan dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa, namun perlu tertakluk kepada prinsip-prinsip tertentu. Antara prinsip tersebut termasuklah prinsip pembezaan, prinsip perkadaran, prinsip keperluan ketenteraan dan prinsip pengelakan daripada penderitaan tak perlu. Contohnya, prinsip keperluan ketenteraan yang bermaksud alasan sah yang boleh digunakan untuk melakukan serangan bagi mencapai matlamat ketenteraan, walaupun serangan tersebut boleh memberikan kesan mudarat kepada penduduk dan objek awam. Dalam prinsip ini, serangan tersebut perlu dilakukan kerana tanpa serangan tersebut, sesuatu matlamat ketenteraan tidak akan dicapai. Lihat juga prinsip pembezaan, prinsip perkadaran, penderitaan tak perlu. |
morality | moral | Kesenian | Seni Bina | 1. Prinsip-prinsip mengenai perbezaan antara tingkah laku yang betul atau salah. 2. Pendekatan dalam seni bina yang berdasarkan prinsip moral yang mendakwa bahawa gaya seni bina harus jujur ??dan rasional serta mencerminkan keperluan masyarakat kontemporari. Prinsip moral ini telah berakar umbi dalam tradisi teori lama seawal zaman Pugin, Viollet-le-Duc dan Corbusier. |
five points of architecture | lima prinsip asas seni bina | Kesenian | Seni Bina | Prinsip-prinsip asas dalam seni bina yang diperkenalkan oleh tokoh arkitek terkemuka, Le Corbusier yang merangkumi lima perkara utama, iaitu: (i) Penggunaan pelan terbuka. (ii) Bangunan dinaikkan di atas susunan tiang. (iii) Mukaan bangunan yang tidak bergantung pada kedudukan tiang (dinding salut). (iv) Penerapan taman di ruang atas bahagian bumbung. (v) Jalur tingkap memanjang tanpa halangan struktur. Contoh bangunan yang mengaplikasikan prinsip tersebut ialah Villa Savoye di Poissy, Perancis. |
bibliopolism | bibliopolisme | Perpustakaan | Tiada | Prinsip-prinsip perdagangan, atau penjualan buku. |
dietotherapy | dietoterapi | Perubatan | Tiada | Penggunaan prinsip-prinsip dietetik dalam rawatan. |
classification principles | asas pengelasan | Sejarah | Tiada | Prinsip-prinsip yang ditetapkan sebagai dasar atau asas dalam pengelasan. |
family values | nilai keluarga | Kejururawatan | Tiada | Prinsip-prinsip piawai atau kualiti kesihatan yang dipercayai dan diamalkan oleh ahli keluarga. |
geochemical prospecting | pencarigalian geokimia | Geologi | Tiada | Penggunaan data dan prinsip-prinsip geokimia dan biogeokimia dalam pencarian mendapan mineral, petroleum, dan gas asli yang mempunyai nilai ekonomi. |
logic | logik | Kesusasteraan | Tiada | Sains yang membuat pengkajian tentang prinsip-prinsip yang mengawal pentaakulan, ilmu mantik. |
axioms of politic | lunas politik/aksioma politik | Sains Politik | Tiada | Prinsip-prinsip atau kenyataan-kenyataan yang dianggap menjadi hakikat politik. |