proactive inhibition | penyekatan proaktif | Pendidikan | Tiada | Tiada |
proactive inhibition | penyekatan proaktif | Psikologi | Tiada | Tiada |
proactive inteference | gangguan proaktif | Psikologi | Tiada | Tiada |
provactive response | tindak balas proaktif | Pentadbiran | Tiada | Tindakan yang diambil terhadap jangkaan perubahan dalam persekitaran. |
intended strategy | strategi terhasrat | Pengurusan | Perancangan | Strategi jangka panjang dan menyeluruh yang dirancang dengan teratur dan mengambil kira faktor-faktor yang berkaitan untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi. Strategi ini adalah berbentuk proaktif dan lazimnya diperincikan dalam pelan strategik organisasi. Strategi terhasrat boleh dilengkapkan dengan rancangan tindakan yang tersusun. Contohnya, Rancangan Malaysia yang dibangunkan setiap lima tahun, hasil daripada penglibatan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO), dan kumpulan komuniti masyarakat yang berkenaan. Sinonim strategi terancang. Lihat juga rancangan tindakan. |
internal communication | komunikasi dalaman | Komunikasi | Korporat | Sistem dan proses komunikasi dalam sesebuah organisasi. Setiap organisasi mempunyai sistem dan kaedah pengurusan komunikasi tertentu yang diwujudkan khusus untuk memenuhi keperluan organisasi berkenaan. Sistem komunikasi dalaman berlaku apabila wujudnya perkaitan antara komponen dengan subkomponen dalam organisasi yang disusun atur mengikut keperluan untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi. Rangkaian komunikasi yang diwujudkan bersifat dinamik dan proaktif, serta dapat bertindak balas dengan perubahan persekitaran sama ada di dalam atau di luar organisasi. Rangkaian komunikasi dalaman berfungsi untuk mewujudkan kecekapan dan keberkesanan proses penyaluran mesej sama ada secara menegak atau mendatar. Pelbagai alat komunikasi dalaman diwujudkan dan disesuaikan dengan keperluan sesebuah organisasi. Antara kaedah komunikasi dalaman adalah menyediakan ruang bagi memudahkan berlakunya proses komunikasi antara bahagian dengan individu dalam sesebuah organisasi. Komunikasi dalaman ini dapat dilakukan secara berke |
media tour | lawatan media | Komunikasi | Korporat | Aktiviti bertemu dengan pihak media yang dianjurkan oleh organisasi. Aktiviti ini boleh berlaku dalam dua cara. Pertama, pihak organisasi atau wakilnya membuat lawatan ke agensi media yang strategik. Kedua, pihak organisasi mengundang wakil media melawat organisasi atau syarikat. Dari segi perhubungan awam dan komunikasi korporat, lawatan media merupakan salah satu aktiviti proaktif pihak pengurusan organisasi bagi mendapatkan ruang promosi dan publisiti sama ada media cetak atau media elektronik. Dalam keadaan sesebuah organisasi yang sedang menghadapi krisis, lawatan daripada pihak media ke organisasi berkenaan boleh membantu mengurangkan tekanan krisis melalui liputan positif media terhadap organisasi. Keadaan ini boleh memulihkan keyakinan khalayak terhadap organisasi. |
community relations | perhubungan kemasyarakatan | Komunikasi | Korporat | Salah satu kaedah dan fungsi dalam bidang perhubungan awam yang bertujuan untuk memastikan citra syarikat atau organisasi dan institusi sentiasa berada dalam keadaan positif di mata khalayak, khususnya mereka yang berada di sekitar organisasi. Pendekatan perhubungan kemasyarakatan biasanya dirancang dan disesuaikan dengan budaya dan pola kehidupan khalayak di tempat syarikat atau organisasi beroperasi. Perhubungan kemasyarakatan boleh berlaku sama ada organisasi bersifat proaktif dengan menganjurkan aktiviti yang boleh memberikan faedah kepada masyarakat setempat, atau membantu dan memenuhi keperluan masyarakat setempat, atau membantu dan memenuhi keperluan masyarakat berdasarkan permohonan dan bantuan yang disediakan. Sistem perhubungan biasanya dilakukan melalui ketua masyarakat, seperti ketua kampung, penghulu, dan tuai rumah. Terdapat dua cara aktiviti kemasyarakatan dilakukan, iaitu secara terancang dan tidak terancang. Antara aktiviti secara terancang yang kerap dilakukan termasuklah gotong-royong, kemp |