prologue | prolog | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian pembukaan atau permulaan sesebuah karya. Prolog merupakan sejenis pengantar yang menjadi sebahagian daripada sesebuah karya tetapi bukan pengenalan. Prolog adalah sebahagian daripada karya sastera tersebut. Prolog sering digunakan dalam drama pada abad ke-17 dan 18 Masihi dan biasanya berbentuk puisi, namun prolog juga ditemui dalam novel. Contoh prolog yang terkenal ialah General Prologue to the Canterbury Tales oleh Chaucer. Contoh Indonesia ditemui dalam karya Ken Arak dan Ken Dedes oleh M. Yamin. Prolog berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �sebelum ucapan�. |
prologue | prolog | Muzik | Tiada | Adegan pengenalan plot sesuatu opera. Kandungan prolog berdasarkan tema opera sama ada secara langsung atau tidak langsung. Prolog merupakan salah satu ciri biasa yang terdapat dalam opera Zaman Barok. Walaupun prolog jarang terdapat dalam opera Zaman Klasik dan Zaman Romantik, namun masih dikekalkan dalam beberapa opera Romantik dan opera abad ke-20. Contoh opera yang mengandungi prolog ialah L'incoronazione di Poppea (1642) oleh Monteverdi, Romeo et Juliette (1867) oleh Gounod, Oedipus rex (1927) oleh Stravinsky dan Lulu (1928 -1935) oleh Berg. |
programming language for logic (PROLOG) | bahasa pengaturcaraan logik (PROLOG) | Teknologi Maklumat | Perisian | Bahasa pengaturcaraan berasaskan logik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan fakta dan peraturan. PROLOG berbeza dengan bahasa C, C++ atau Java kerana bahasa ini tidak memberikan siri langkah yang perlu diambil, sebaliknya menghuraikan masalah yang dihadapi. PROLOG biasanya digunakan dalam pembangunan sistem pakar dan kecerdasan buatan. |
metadrama | metadrama | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang sengaja dipersembahkan untuk menarik perhatian khalayak, mengenai kehadirannya sebagai sebuah karya rekaan. Hal ini dilakukan melalui ujaran secara langsung kepada penonton dalam bentuk prolog, epilog, atau �lakonan dalam lakonan� dalam sesebuah drama. Situasi ini memungkinkan penonton mentafsir lebih lanjut tentang drama itu sebagai suatu bentuk seni. Justeru, metadrama menyedarkan penonton bahawa apa yang disaksikan di atas pentas hanyalah sebuah cereka. Contoh metadrama ditemui dalam karya Luigi Pirandello yang berjudul Six Characters in Search of an Author (1921). Lihat juga metafiksyen. |
comedy madrigal | madrigal jenaka | Muzik | Tiada | Drama jenaka pada akhir abad ke-16 yang berasaskan beberapa lagu sekular Itali. Lagu ini digabungkan melalui satu tema. Madrigal jenaka terdiri daripada satu prolog dan beberapa babak dan adegan. |
programming language | bahasa pengaturcaraan | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu set peraturan yang menyuruh komputer untuk melaksanakan operasi yang tertentu. Bahasa pengaturcaraan digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi dan menyuruh komputer melakukan sesuatu tugasan. Bahasa pengaturcaraan adalah menyerupai bahasa tabii seperti bahasa Melayu dalam beberapa aspek. Contohnya, ia mempunyai perkataan, simbol dan sintaks tertentu. Untuk menulis atur cara, pengatur cara perlu mengetahui perkataan, simbol dan sintaks bagi bahasa pengaturcaraan tersebut. Dianggarkan terdapat lebih 1000 bahasa pengaturcaraan di dunia. Contoh bahasa pengaturcaraan termasuk Bahasa Mesin, Bahasa Penghimpunan, APL, Pascal, Java, Perl, Eifel, C, C++, Basic, Fortran, Lisp, Scheme, BETA, Lua, Visual Basic, Prolog, Haskell, Hugs dan COBOL. |