Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.kat] | ڤوکت

Definisi : sj jaring besar dan panjang utk menangkap ikan, biasanya digunakan di laut; jenis-jenisnya: ~ bawal, ~ cang, ~ cina, ~ hanyut, ~ harimau, ~ tangkul, ~ tarik, ~ tunda, dll; mata ~ lubang-lubang pd pukat; pawang ~ orang yg ahli dlm menangkap ikan dgn pukat, perahu (sampan); ~ perahu (sampan) utk menangkap ikan dgn pukat, perahu mayang, perahu pemayang; ~ terlabuh ikan tak dapat prb pekerjaan yg sia-sia; memukat menangkap ikan dgn pukat; pemukat 1. nelayan yg menggunakan pukat; 2. perahu mayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.kat] | ڤوکت

Definisi : jaring besar dan panjang yg digunakan utk menangkap ikan dsb: ~ hanyut; ~ harimau; ~ tangkul; ~ tarik; ~ tunda. memukat menangkap ikan dsb dgn menggunakan pukat. pemukat nelayan yg menggunakan pukat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukat (kata nama)
Bersinonim dengan jala, jaring, kisa, payang, pemayang, belat, lukah, bubu, rambat;,
Kata Terbitan : memukat, pemukat,

Puisi
 

Ribut-ribut bawa pukat,
     Melihat gelung di Selat Jawa;
Kita hidup tanda muafakat,
     Tolong-menolong tanda sejiwa.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Laksana sampan pukat.

Bermaksud :

Orang yang tidak pernah keluar jauh dari tempat kediamannya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bellykandulPerikananTiadaBahagian pada pukat jerut atau pukat-pukat lain, tempat tangkapan terkumpul. Apabila ikan terperangkap di dalam pukat, pukat kemudiannya akan ditarik perlahan-lahan dan ikan akan terkumpul di bahagian kandul. Kandul yang berkeadaan kendur menyebabkan ikan akan terkumpul dengan sendirinya dan seterusnya dicedok naik ke atas bot. Sinonim perut pukat.
spoon liftnetpukat sudu/pukat bawal/pukat senggengPerikananTiadaTiada
spoon netpukat sudu/pukat bawal/pukat senggengPerikananTiadaTiada
bag netpukat bakulPerikananTiadaPukat yang berbentuk bakul ringkas, digunakan untuk menangkap kedua-dua spesies ikan pelagik dan ikan demersal. Pukat ini memerlukan beberapa bot untuk beroperasi. Pukat ini digunakan bersama-sama peranti pengumpul ikan (FAD) bagi mengumpul ikan yang berada di tempat tertentu. Pukat bakul juga digunakan bersama-sama lampu untuk menarik perhatian ikan. Pukat akan direntangkan terlebih dahulu di bawah air pada kedalaman tertentu dengan tali setiap penjuru pukat diikat pada sebuah bot. FAD akan dipasangkan di atas pukat yang terentang untuk mengumpul ikan. Apabila kumpulan ikan telah banyak berkumpul pada peranti FAD, pukat akan ditarik naik dengan pantas ke permukaan air dan ikan akan terperangkap di dalam pukat. Seterusnya, pukat akan ditarik naik perlahan-lahan ke atas bot sehingga ikan boleh dicedok dengan menggunakan pencedok. Kaedah ini sangat sesuai digunakan untuk menangkap ikan jenis berkumpulan.
anchovy purse seinepukat jerut bilisPerikananTiadaPukat yang mempunyai mata pukat yang lebih kecil berbanding pukat jerut daripada jenis lain. Reka bentuk dan operasinya sama dengan pukat jerut jenis lain dan digunakan untuk menangkap ikan bilis.
active gearperalatan aktifPerikananTiadaSemua jenis peralatan yang digunakan untuk menangkap atau memerangkap ikan. Peralatan seperti pukat tunda, pukat jerut dan pukat tarik digunakan untuk menangkap atau memerangkap ikan atau kumpulan ikan yang berada di laluan peralatan terrsebut. Terdapat peralatan yang digunakan untuk menangkap spesies ikan tertentu sahaja dan ada pula yang mampu menangkap semua jenis ikan. Sifatnya yang sedemikian telah mendorong beberapa buah negara menggunakan peralatan tersebut di perairan negara masing-masing. Selain itu, terdapat juga peralatan aktif yang boleh merosakkan sumber dan habitat ikan. Contohnya, pukat tunda yang ditunda di bahagian dasar laut sehingga merosakkan kawasan pembiakan ikan, dan secara tidak langsung menjejaskan pertambahan sumber perikanan.
push netpukat sodok/pukat sorongPerikananTiadaTiada
skimming netpukat sodok/ pukat sorongPerikananTiadaTiada
boat seinepukat kisa; pukat kenkaPerikananTiadaTiada
bag scooppukat sorong/pukat tanggukPerikananTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas