Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. ketuk (dgn benda yg keras atau berat); 2. ki ketuk (dgn perkataan dll), perintah; kena ~ a) kena ketuk, diketuk; b) mengalami kerugian (dimarahi, ditipu, dsb); salah ~ a) salah mengetuknya; b) satu kali berbuat (bekerja, bertindak, dll); tukang ~ orang yg biasa memukul orang dgn upah, jagoan, samseng; 3. bahagian drpd sesuatu hari spt yg ditunjukkan oleh jam, waktu tertentu dlm sesuatu hari: jarum pendek dipanggil jarum ‘~nya’, kerana ia menunjukkan waktu dgn bilangan ~ jam; kami sampai di rumah ~ lima petang; jam ~ jam yg menyatakan waktu; 4. bp = memukul mengetuk; ~ dulu bayar belakang barangnya diambil dulu, pembayarannya dibuat kemudian; 5. bp me­ngenakan cap (harga), menetapkan harga, menaksirkan: mengikut kemahuanku dgn harga yg telah aku ~ kpd mereka; ~ besar untung besar; ~ besi tukul besi, palu (martil) drpd besi; ~ cap mengenakan (membubuh) cap; ~ curi a) memukul dgn bersem­bunyi, memukul dan lari; b) tidak berani bertanggungjawab; ~ gambar bp bergambar; ~ gebang bp bergebang sahaja, berbual-bual sahaja; ~ kaki bp berjalan kaki; ~ rata hitung panjang; ~ tidak tahu (peduli) bp buat tidak tahu (peduli) saja; ~ anak sindir menantu prb lain orang yg dimarahi, lain orang pula tujuan kata-kata­nya; ~ anjing tak pandang mata tuannya prb orang yg terdesak hilang takutnya; kena ~ di punggung, gigi habis tanggal prb sindir­an itu lain dikata lain pula ertinya (kata sindir­an bagi seseorang akan mengenai orang ramai); memukul 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalah­kan, menyerang, dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu: ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki = memu­kulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan: belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga; ~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll) memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ ‘knock-out’ meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang (meng­alahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan; ~ roboh meninju sam­pai roboh; ~ telefon bp bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik); dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak di­kerjakan pun berbahaya); pukul-memukul saling memukul antara satu sama lain; memukuli, memperpukuli memukul ber­kali-kali, mengajar; memukulkan 1. memukul dgn; 2. memukul utk orang lain; 3. ark memperbanyakkan, mendarabkan: dua dipukulkan dgn tiga; terpukul 1. memukul atau dipukul dgn tidak sengaja, terhantuk: kepalanya ~ keras pd bucu meja; 2. ki tersinggung: dia berasa ~ dgn kata-kata sahabatnya itu; pukulan 1. hasil perbuatan memukul: ~ yg tidak berhenti-henti drpd lawannya; 2. ketukan, hentaman, serangan: menerima ~ hebat drpd angkatan bersenjata; ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb; pemukulan hal atau perbuatan memukul atau memukulkan; pemukul 1. orang yg memukul: ~-~ rebana duduk di belakang para penari; 2. alat utk memukul; ~ besi tukul drpd besi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ lima sj tumbuhan (pokok besar), Enterolobium saman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ gendang sj ikan laut, Parapercis pulchela. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 perbuatan mengenakan sesuatu pd sesuatu yg lain dgn kuat: kena ~. 2 bahagian drpd sesuatu hari spt yg ditunjukkan oleh jam; waktu tertentu dlm sesuatu hari: ~ berapa mereka sampai? ~ besi tukul yg dibuat drpd besi. ~ curi perbuatan menyakitkan atau menyerang orang ketika orang itu tidak bersedia. ~ rata a. hitung panjang. b. sama semuanya; rata-rata. berpukul-pukulan saling memalu (dgn sesuatu); berpalu-paluan. memukul 1 mengenakan sesuatu yg keras dgn kuat; mengetuk; memalu: ~ canang. 2 merempuh atau melanggar; menyerang. ~ musuh menyerang musuh. ~ rata menjadikan sama rata. ~ telefon bp membuat panggilan telefon. ~ telegram bp mengirim telegram. ~ telur mengacau telur supaya hancur dan naik. pukul-memukul saling memukul. memukuli memukul berkali-kali: ~ orang jahat. memukulkan menjadikan sesuatu sbg alat utk memukul: ~ tongkat pd tiang. pukulan 1 hasil perbuatan memukul; paluan: ~ yg bertalu-talu itu dpt ditangkisnya. 2 serangan yg dibuat terhadap sesuatu pihak; serbuan: Khazifah, pemimpin baru itu, dgn tidak berlengah-lengah lagi terus memberikan ~ yg hebat kpd musuh. ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb. ~ maut a. pukulan yg tidak dpt diambil oleh pihak lawan lalu menghasilkan mata atau poin (dlm permainan badminton, tenis dsb). b. ki sesuatu perbuatan, tindakan, serangan dsb yg boleh membawa maut. pemukul 1 orang yg memukul. 2 alat yg digunakan utk memukul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pukul

Puisi
 

Pukul tujuh pukul lapan,
     Pukul tabuh keliling kota;
Bertiup angin selatan,
     Angkat sauh belayar kita.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Pukul anjing,
     tak pandang mata tuannya.

Bermaksud :

Orang yang terdesak hilang takutnya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pukulpukulKesenianSeni BatikProses melekatkan campuran lilin cair pada kain dengan menggunakan sarang. memukul, menerap.
pukul penuhpukul penuhKesenianSeni BatikPukul batik dua warna � warna dasar dan warna yang dipilih sekali gus � dengan memukulkan semua corak pada kain urat, biasanya batik ela.
pukul rintikpukul rintikKesenianSeni BatikPukul terakhir, jika perlu, dengan menggunakan sarang rintik untuk memperoleh corak rintik pada tanah kain, basanya dilakukan pada batik sarung.
nicktakik;pukul celahSukanTiada1. Pukul celah: Pukulan yang menyebabkan bola yang dipukul melantun dari dinding depan dan jatuh di titik temu dinding sisi atau dinding belakang atau di lantai. Biasanya pukul celah yang sempurna merupakan suatu pukul kemenangan. Banding : length [pukul selari tepat]
meja pukulmeja pukulKesenianSeni BatikMeja membatik yang permukaannya dilapisi dengan sekam padi, kain guni kemudian kelopak pisang yang dapat menyejukkan lilin yang dipukul. meja terap.
dapur pukuldapur pukulKesenianSeni BatikDapur khusus yang mempunyai nebeng, kuda, tungku tempat meletakkan kuali dan dapur tempat memasak dan memanaskan campuran lilin yang akan dipukul, dapur terap, dapur mukul.
batik pukul lilinbatik pukul lilinKesenianSeni Batiklih. batik blok-lilin.
round the head shotsyot kepalaSukanTiadaSyot yang dilakukan pada sisi badan tanpa raket, dengan kaedah pukul petung, pukul junam atau smesy.
transition timemasa peralihanKomunikasiKorporatPertukaran waktu siaran dalam media elektronik khususnya di radio berdasarkan kelompok masa siaran dalam sehari. Kelompok masa ialah pembahagian masa siaran mengikut aktiviti khalayak dalam sesuatu budaya. Contohnya, masa peralihan di Malaysia, bermula pada pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa siaran pagi, pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah masa siaran lewat pagi, pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang ialah masa siaran tengah hari, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang ialah masa siaran awal petang, pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam ialah masa siaran petang, pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam ialah masa lewat petang atau malam, pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam ialah masa siaran malam, pukul 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi ialah masa lewat malam, dan pukul 3.00 pagi hingga 6.00 pagi ialah masa awal pagi. Pembahagian masa peralihan ini ditentukan berdasarkan aktiviti khalayak di sesebuah negara. Tempoh siaran dari pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa perdana
beatingpukul; paluan; putarPentadbiran PerniagaanTiadaPukul: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memukul.,Putar: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memutar.
12345678910...

Kembali ke atas