tape format | format pita | Komunikasi | Tiada | Kaedah untuk mengenal pasti pita rakaman audio atau video. Contohnya, format pita audio yang sering digunakan ialah 1/4, 1/5 atau 1 inci. Bagi format pita video pula format yang digunakan ialah format VHS atau format U-matik yang mempunyai kelebaran 3/4 inci. |
lactating phase | fasa penyusuan | Veterinar | Tiada | Fasa pengeluaran susu bagi haiwan tenusu selepas melahirkan anak. Bagi lembu dan kambing tenusu, anak disapih ketika berumur seminggu dan susu daripada ibu ternakan tersebut diperah sehingga 10 bulan untuk tujuan komersial. Hasil pengeluaran susu meningkat dengan cepat pada 1-1.5 bulan pertama selepas melahirkan anak dan kemudiannya menurun dengan perlahan sebelum dihentikan dua bulan sebelum kelahiran anak yang berikutnya. Bagi ternakan lain, tempoh ini berbeza mengikut jenisnya iaitu di sepanjang tempoh anak dibenarkan menyusu. Bagi lembu pedaging, tempoh penyusuannya berlaku selama 6 bulan, kambing dan biri-biri selama 3 bulan dan babi pula selama 3 minggu. |
cents system | sistem sen | Muzik | Tiada | Sistem ukuran jeda muzik yang dicipta oleh A.J. Ellis. Contohnya, dalam muzik Barat, 1 oktaf bersamaan dengan 1200 sen, 1 ton pula bersamaan dengan 200 sen. Sementara xh ton atau 1 semiton bersamaan dengan 100 sen. |
gene locus | lokus gen | Sains Forensik | Tiada | Kedudukan dalam kromosom yang dihuni oleh satu gen tertentu. Contohnya, dalam lokus gen berlabel “8p2.1”, 8 merujuk kepada kromosom yang ke-8, p mewakili lengan pendek kromosom (sekiranya lokus itu terletak pada lengan panjang kromosom, diwakili dengan q) dan nombor 2 dalam 2.1 merujuk kepada jalur kedua pada lengan tersebut, manakala 1 pula sebagai subjalur dalam jalur ke-2. Lokus gen yang digunakan dalam pengujian DNA forensik diberi nama tertentu supaya penggunaannya adalah sama di seluruh dunia bagi memudahkan perbandingan pangkalan data DNA. |
napier grass | rumput gajah | Veterinar | Tiada | Rumput yang ditanam dengan menggunakan keratan batang yang telah tua. Rumput ini mempunyai ciri-ciri pertumbuhan cergas, memerlukan baja yang banyak terutamanya nitrogen, hasil bahan keringnya tinggi tetapi berkurangan pada musim kemarau. Rumput ini merupakan rumput tahunan yang tegap, menyerupai tebu dan boleh tumbuh setinggi 2-5 meter. Namun, terdapat juga rumput jenis renek yang tingginya 1-1.5 meter. Rumput ini mempunyai umbisi yang mudah membiak dan mengeluarkan anak. Daunnya pula agak lebar, nipis dan mempunyai tulang daun yang tegap. Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk pertumbuhan yang baik. Tanah peroi paling sesuai untuk tanaman rumput gajah. Ternakan lebih gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lebih lembut. Rumput gajah dipotong pada setiap 4-6 minggu dan hasil bahan keringnya ialah 20-30 tan/hektar setahun. Manakala, kandungan protein kasarnya pula sebanyak 10%. Nama saintifik: Pennisetum purpureum. |
colocynth poisoning | keracunan kolosin | Kimia | Forensik | Keracunan disebabkan pendedahan kepada kolosin, iaitu perengsa dan katartik yang sangat berbahaya yang terdapat pada tumbuhan Cilrullus colocynthis. Dos parah mungkin serendah 1 mL atau 1 g. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah jatuh, takikardia, koma dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi pula ialah kesesakan dan perubahan kemerosotan saluran gastrousus, hati, buah pinggang dan otak. |
vibrato | vibrato | Fizik | Akustik | 1. Alat muzik yang bergantung pada perubahan frekuensi yang selalunya disertai pula dengan perubahan amplitud dan bentuk gelombang. 2. Perubahan turun naik yang kecil bagi kelangsingan nada. |
componend | komponen | Mekanik | Gunaan | 1. Salah satu daripada tiga vektor yang diperoleh apabila suatu vektor dileraikan. Sesuatu vektor komponen boleh pula dileraikan kepada tiga komponennya sendiri, dan begitulah seterusnya. 2. Sesuatu bahagian struktur kejuruteraan yang melengkapkan struktur itu dan membolehkannya berfungsi. istilah ini biasanya digunakan berkaitan dengan mesin dan enjin. 3. sebarang radas elektrik di dalam litar. |
conjugate momentum | momentum konjugat | Fizik | Mekanik | Jika qj(j = 1, 2, ...) ialah koordinat teritlak suatu sistem dinamik klasik, dan L pula Lagrangeannya, maka momentum konjugat kepada qj ialah momentum berkanun, momentum teritlak |
above the line/ below the line | atas garisan / bawah garisan | Komunikasi | Korporat | 1. Garis pemisah, penentu jenis autoriti dan pelaksanaan organisasi. Jenis autoriti yang terlibat dalam menentukan dasar, perancangan, penentuan konsep dan pembuatan keputusan terkandung dalam kelompok atas garisan. Jenis autoriti yang terlibat dalam melaksanakan keputusan pula tergolong dalam kelompok bawah garisan. 2. Kaedah mengenali jenis aktiviti promosi barangan dan perkhidmatan. Aktiviti perancangan promosi yang melibatkan pendekatan 4P (product, place, price dan promotional) dikenali sebagai aktiviti atas garisan (A/L). Pendekatan 4P memberikan keutamaan kepada aspek perancangan barangan, tempat, harga, dan promosi termasuk perancangan pengiklanan. Aktiviti promosi diperingkat pelaksanaan yang melibatkan pengguna dan barangan pula dikenali sebagai aktiviti bawah garisan (B/L). Aktiviti bawah garisan ini dilaksanakan terus kepada pengguna. Contohnya, aktiviti yang bersifat pertandingan yang dikaitkan dengan barangan dan perkhidmatan, pemberian lebihan barangan dengan harga yang sama atau promosi beli |