Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.las] | ڤولس

Definisi : berputar-­putar, berpintal-pintal, berpusing-pusing (tali dll); memulas 1. memusing (kunci, leher, skru, telinga, dll), memutar: jika boleh tangkai bunga itu hendaklah dipulas sedikit sebelum dilentur; 2. memegang sesuatu lalu diputar, memilin, memiuh (kain basuhan, tali, dll): kain itu dipegang dgn dua belah tangan kemudian dipulas, keluarkan seberapa banyak air yg dapat; 3. ki memutarbalikkan (kebenaran, perkataan, dll): seorang yg terkenal pandai ~ perkataan; tujuan atau maksud ayat itu sudah jelas tidak dapat dipulas lagi; ~ pusing bp memutarbalikkan (perkataan dll); pemulas alat utk memulas (skru dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.las] | ڤولس

Definisi : ; memulas berasa sakit spt berpilin-pilin dlm perut, mulas; usus ~ sakit kejang pd usus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.las] | ڤولس

Definisi : ; (ber)hempas-~; ®hempas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.las] | ڤولس

Definisi : ; memulas 1 membuat sesuatu (spt skru, kunci) menjadi berputar; memusingkan; memutarkan: ~ telinga anaknya. 2 memegang serta memiuh sesuatu supaya berpilin; memilin: ~ kain yg basah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pu.las] | ڤولس

Definisi : ; memulas berasa sakit perut spt dipulas-pulas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulas
Kata Terbitan : berpulas-pulas, memulas,

Puisi
 

Kaju-kaju sembilan panjang,
     Pulas-pulasan si daun kayu;
Tujuh tahun sembilan bulan,
     Ingat-ingatan datanglah selalu.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mata pulas ucung(Ib.)mata pulas ucung(Ib.)KesenianTiadaMata yang berbentuk pusar-pusar.
to twistpulasFizikTiadaTiada
blue stainpulas biruBiologiPatologiGejala berupa tompok-tompok warna, biasanya biru tetapi ada juga yang merah, perang atau kelabu, pada kayu (terutama kayu sap) akibat jangkitan kulat.
twisting and turningpulas dan pusingPendidikanTiadaTiada
twist drillgerudi pulasPerubatanTiadaGerudi yang mempunyai mata yang berputar dan digunakan untuk menyediakan lubang pin pegangan pada gigi.
twist drillgerudi pulasPertanianTiadaTiada
wringing fitpemasangan pulasKesenianTiadaPemasangan dua benda kerja yang dibuat dengan memulaskannya secara paksa.
corkscrew serveservis pulas putarSukanTiadaPukulan bola ke penjuru dinding, yang mengenai dinding hadapan, terus ke tepi, dan melintang ke bahagian belakang gelanggang dan jatuh ke bahagian gelanggang penerima.
twist drillgerudi pulasPergigianTiadaSejenis gerudi yang digunakan untuk membuat liang pin sebelum pin pergigian dimasukkan. Tujuan liang ini dibuat adalah untuk memasukkan pin ke dalam liang tersebut. Pin yang bergerigi ini akan memberi pegangan kepada bahan restorasi.
torque-twist ratekadar tork-pulasPerubatanTiadaKadar daya yang dihasilkan oleh seunit pengaktifan. Sinonim: kadar pesongan beban.
12

Kembali ke atas