mist | kabus | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Titisan-titisan air mikroskopik terampai atau zarah higroskopik basah yang menyebabkan keadaan kekaburan atmosfera. Istilah ini digunakan untuk tujuan sinoptik apabila ketampakan mendatar sama atau lebih daripada 1 km; kelembapan relatif yang berpadanan adalah kurang daripada 95%. Kebanyakan zarah yang terkandung di dalam kabus berdiameter dalam lingkungan beberapa puluhan mikrometer. |
mist | kabus | Sains | Hidrometeorologi | Keadaan kekaburan atmosfera disebabkan oleh titisan air mikroskopik terampai atau zarah higroskopik basah. Istilah ini digunakan untuk tujuan sinoptik apabila kekaburan dan kebolehlihatan yang berkaitan adalah sama atau lebih daripada 1 km; kelembapan nisbi yang berpadanan adalah kurang daripada 95 peratus. Kebanyakan zarah yang terkandung di dalam kabus bergaris pusat dalam lingkungan beberapa puluhan mikrometer. Lihat juga jerebu, kabut. |