ridge piece | tulang perabung | Kesenian | Seni Bina | Struktur melintang pada puncak bumbung bercerun dua sisi yang menampan kasau. Tulang perabung membentuk jenis bumbung seperti huruf V terbalik. Bahagian pertemuan di sebelah puncak bumbung dipisahkan oleh kayu atau struktur yang dinamai tulang perabung atau tulang bumbung. Tulang perabung menjadi komponen yang menyokong hujung atas kasau dan berfungsi untuk mengekalkan kedudukan jarak kasau supaya semua kasau berjarak sama di antara satu sama lain. Sinonim tiang perabung, papan perabung, |
pinnacle | mercu | Kesenian | Tiada | Bahagian tertinggi pada menara atau puncak bumbung. |
ridge board | bod perabung | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bod yang terletak mengufuk di puncak bumbung limas yang hujung-hujung kasau dipakukan kepadanya. |
king post | tiang kekuda | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tiang yang terdapat pada kekuda bumbung yang menyambungkan puncak bumbung dengan rasuk konkrit. |
collar beam | alang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | bahagian kekuda yang mengufuk yang terletak di antara puncak bumbung dengan rasuk bumbung dan berfungsi untuk mengikat kedua-dua kasau. |
ridge | perabung | Kesenian | Seni Bina | Bahagian puncak bumbung rumah. Reka bentuk perabung biasanya pelbagai bergantung pada tujuan dan faktor-faktor lain yang berkaitan. Contohnya, rumah-rumah tradisonal Melayu seperti rumah Minangkabau mempunyai bentuk bumbung yang memanjang, berbentuk lentik seperti tanduk kerbau. |
ridge | tulang perabung | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Anggota mengufuk pada puncak bumbung yang bercerun dan menjadi garis pertemuan kasau bumbung. |
rafter | kasau | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Anggota kerangka yang dipasang mengikut cerun bumbung dan merentangi dari puncak bumbung hinggalah ke cucur atap bumbung limas. |
rafter | kasau | Kesenian | Seni Bina | Anggota penyokong bumbung yang berada di bawah kerangka bumbung, dipasang mengikut kecerunan bumbung dan merentang dari puncak bumbung sehingga ke bahagian cucur atap. |
rafter | kasau | Kejuruteraan | Tiada | Anggota penyokong bumbung yang berada betul-betul di bawah bahan bumbung, terpasang mengikut cerun bumbung dan merentangi daripada puncak bumbung sehingga ke cucur atap. |