Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.pu/] | ڤوڤوق

Definisi : 1. benda yg digunakan utk menyu­burkan tanah (tanam-tanaman), baja; 2. se­suatu yg boleh menyebabkan subur (maju, ber­kembang, dll): nasihat itu dirasainya sbg ~ bagi cita-citanya yg ingin maju; kekalahan Jepun menjadi ~ yg memanaskan perkembangan baharu menuju kemerdekaan; ~ alam pupuk asli spt tahi binatang atau daun­daun (bukan yg dibuat oleh manusia), baja asli; ~ buatan pupuk yg dibuat secara kimia, baja buatan, baja tiruan; ~ hijau pupuk drpd daun atau tumbuh-tumbuhan, baja hijau; ~ kandang pupuk drpd tahi binatang (spt tahi lembu, kerbau, dll), baja kandang; ~ kuda pupuk drpd tahi kuda; memupuk 1. menyuburkan tanah (tanam-­tanaman) dgn pupuk, membubuh pupuk (atau baja) pd, membajai: tanah itu dipupuk dgn baja; 2. menggemukkan (badan, binatang, dll): ayam biri meskipun tidak dipupuk, gemuk juga; 3. menjadikan atau menyebabkan subur (maju, berkembang, dll): karya-karya dan tulisan pengarang boleh ~ semangat dan kemajuan masyarakat; menyemai dan ~ semangat cintakan tanah air; pupukan hasil (perbuatan) memupuk: masyarakat mulai menerima ~ fikiran moden; pemupukan perbuatan (cara, usaha, dsb) memupuk: ~ pengaruh harus banyak mendapat perhatian kita; ~ satu kesedaran dan semangat kemalaysiaan; pemupuk yg digunakan (dipakai) utk memu­puk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pu/] | ڤوڤوق

Definisi : ubat yg dibuat drpd tumbuh-­tumbuhan (daun-daunan dll) yg ditumbuk atau digiling lumat-lumat dan diletakkan di ubun-ubun dll; masih berbau ~ jerengau bp masih muda sangat, masih belum berpengalaman (masih mentah lagi); memupuk meletakkan pupuk (di ubun-ubun dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pu/] | ڤوڤوق

Definisi : bahan yg digunakan utk menyuburkan tanah atau tanaman; baja. memupuk 1 menyuburkan tanah atau tanaman dgn pupuk; membubuh baja. 2 ki menyebabkan menjadi maju (berkembang dll): Kerajaan berusaha ~ perpaduan antara kaum di Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pu.pu/] | ڤوڤوق

Definisi : , = ~ ubat ubat yg dibuat drpd tumbuh-tumbuhan yg digiling lumat-lumat dan ditempelkan pd dahi sebelah atas. memupuk menempelkan pupuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pupuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan baja: kompos, serasah, rabuk,

2. Bersinonim dengan perangsang: pencetus

Kata Terbitan : memupuk,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Leucas zeylanicaketumbitHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba bersaiz kecil dan bercabang dalam famili Labiatae. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah terbiar, terutama tanah pasir berhampiran laut. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus dan beraroma kuat. Daunnya jenis ringkas, bersaiz kecil, tirus dihujung dan tepinya bergerigi halus. Bunganya kecil dan berwarna putih tersusun pada jambak yang padat. Daunnya yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat luka, bengkak dan kegatalan pada kulit serta sakit kepala vertigo. Ubat pupuk ini juga boleh disapu pada abdomen untuk merawat kecacingan, melegakan sakit perut sama ada disebabkan oleh angin ataupun selepas bersalin. Jus daunnya boleh dibuat tonik atau campuran jamu.
JerujuAcanthus ilicifoliusPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali sebagai jeruju putih. Daunnya jenis ringkas yang tersusun bersetentangan dan tepi daun bergerigi sinuat serta hujungnya tajam. Jambak bunga bentuk spika keluar dari terminal dan aksilari pokok. Bunganya putih keunguan, buahnya jenis kapsul berbentuk bujur. Tumbuhan ini mengandungi flavon. Tumbuhan jenis renik biasanya tumbuh di kawasan lembap seperti di paya, tepi sungai dan di sawah. Air rebusan akar diminum untuk merawat lelah, bengkak hati, gastrik, hepatitis, bengkak kelenjar limfatik, barah dan batuk kering. Biji yang telah dihancurkan ditelan dengan air untuk mencuci darah dan merawat kecacingan atau dijadikan sebagai ubat pupuk pada luka. Seluruh pokok melainkan akar juga digunakan untuk merawat luka, penyakit kulit, juga sebagai tonik rambut. Daun yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat reumatisme, luka terkena racun sumpitan dan racun ular. Air rebusan daun dan batang diminum sebagai tonik untuk menjaga kesihatan dan wanita lepas bersali
Acanthus ilicifoliusjerujuHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai jeruju putih. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang dan tepi daunnya bergerigi sinuat serta hujungnya tajam. Jambak bunganya berbentuk spika, dan tumbuh keluar dari terminal dan aksilari pokok. Bunganya putih keungu-unguan dan buahnya jenis kapsul berbentuk bujur. Tumbuhan ini mengandungi flavon. Tumbuhan jenis renek ini biasanya tumbuh di kawasan lembap seperti paya, tepi sungai dan sawah. Air rebusan akar diminum untuk merawat lelah, bengkak hati, gastrik, hepatitis, bengkak kelenjar limfatik, barah dan batuk kering. Biji yang telah dihancurkan ditelan dengan air untuk mencuci darah dan merawat kecacingan atau dijadikan sebagai ubat pupuk pada luka. Seluruh pokok, selain akar digunakan untuk merawat luka, penyakit kulit dan sebagai tonik rambut. Daun yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat reumatisme, luka terkena racun sumpitan dan racun ular. Air rebusan daun dan batangnya diminum sebagai tonik untuk menjaga kesihatan ibu selepas
KecubungDatura metelPertanianTiadaSejenis renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buah bentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk sengal-sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik (bius) yang boleh menyebabkan khayal dan menghilangkan rasa sakit gigi.
Gmelina ellipticaduri bulangHerbaBotani dan BioteknologiPokok kecil dalam famili Verbenaceae yang dikenali juga sebagai bulangan dan bulang hutan. Duri bulang hidup liar di belukar dan tanah terbiar, terutama berhampiran pantai. Rantingnya berduri tajam. Daunnya ringkas, bersaiz kecil dan berbentuk bujur. Bunganya pada jambak rasem di hujung dahan. Kelopak bunga berbentuk loceng, bercuping empat dan berwarna kuning cerah. Buahnya kecil berbentuk hampir bulat. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk merawat sakit kepala dan mengurangkan bengkak. Daunnya juga menjadi ramuan untuk mengubati anemia, melegakan sakit gigi dan mencegah keguguran rambut. Buahnya yang pahit boleh dibuat ubat untuk merawat dropsi. Jus buahnya boleh dibuat ubat titis untuk merawat sakit telinga.
Datura metelkecubungHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik yang boleh menyebabkan khayal, dan boleh menghilangkan sakit gigi.
Ludwigia octovalvislakum airHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Onagraceae dan dikenali juga sebagai naleh. Tumbuhan herba ini bercabang sehingga mencapai ketinggian 150 cm. Daunnya tirus ke hujung dan teratur berselang pada batang. Bunganya tumbuh keluar di celah daun, berbentuk corong dan berwarna kuning. Buahnya jenis kapsul dan mengandungi banyak biji yang berkilat. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan lembap seperti di parit, paya dan sawah. Daunnya yang berlendir dibuat pupuk untuk melegakan sakit kepala, orkitis, bengkak kelenjar leher dan sakit urat. Air rebusannya boleh diminum untuk merawat masalah angin. Air rebusan ini bersifat diuretik, purgatif dan antihelmintik.
Chromolaena odoratapokok kapal terbangHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Asteraceae dan dikenali juga sebagai rumput Jerman dan malayalam. Tumbuhan ini tumbuh dengan mudah di kawasan terdedah dan tanah terbiar. Batangnya berkayu dan berbulu halus. Daunnya tersusun bersetentang, tepi daun bergerigi dentat dan berbulu. Bunganya terdapat di celah-celah daun dan hujung ranting, dan berwarna putih kebiru-biruan. Buahnya jenis aken berbulu putih dan halus. Daun yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk mengubati luka, panau, kurap dan demam.
Wedelia bifloraserunai lautHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan renek yang bercabang dalam famili Asteraceae. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan paya bakau, muara sungai dan kawasan berpasir tepi laut. Daunnya jenis ringkas berbentuk bujur telur dan tepinya bergerigi kecil. Bunganya kecil berwarna kuning, banyak dan tersusun padat pada jambak yang berbentuk tongkol. Bijinya mempunyai gabus, menyebabkannya boleh terapung di dalam air. Daun yang ditumbuk lumat dibuat pupuk untuk merawat kulit yang terkena selaran matahari, bisul, bengkak, luka, sakit gigi dan gusi, melawaskan kencing, penyakit kelamin dan sembelit serta digunakan sebagai herba untuk ibu selepas bersalin.
Azidarachta india, Melia indica (Sin)MambuPertanianTiadaPokok ini daripada famili Meliaceae yang ditanam sebagai teduhan dan landskap. Daunnya bersifat racun serangga dan daun-daun telah dikeringkan sering kali digunakan di dalam perpustakaan lama di India untuk menghalau serangga dan buku. Asap daun yang dibakar boleh membunuh beberapa jenis serangga. Bahan pahit pada pokok mambu ialah azadarin dan margosin, iaitu bahan resin. Daun kering, kulit batang dan kulit akar dikeringkan dan dibuat ubat. Daunnya pahit dan dibuat ubat pupuk untuk ulser, sakit kulit dan bisul. Daun yang segar dibuat ubat penyakit kompleks dan demam. Air rebusan daun yang diminum sebagai ubat. Kulit batangnya dijadikan tonik yang pahit, astringen dan antiperiodik, iaitu berguna untuk mengubati demam. Tonik ini berupaya menghindari urutan demam berkala pesakit demam malaria selain berguna untuk penyakit kulit. Biji mambu mengandungi sejenis minyak berwarna kuning pekat, bersifat alerid dan berbau seperti bawang putih. Minyak ini bersifat anthelmintik dan antiseptic. Di Sri Lanka dan India, mi
123

Kembali ke atas