Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. gerakan berputar, kisaran, kiĀ­taran, pusingan; beberapa ~ beberapa kali berputar; 2. sesuatu yg diputar (tombol pd radio dll, roda pd mesin jahit, dll), sesuatu yg dipindahkan (dialihkan dll); ~ air kisaran air; ~ angin a) kisaran angin; b) pergantian angin; ~ filem pertunjukan filem (gambar); ~ masa pusingan atau perubahan masa; ~ nasib perubahan (baik atau buruknya) nasib; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gerakan yg berputar; hasil berputar; pusingan; kisaran. ~ air olak air. ~ angin a. kisaran angin. b. pergantian angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putar
Kata Terbitan : berputar, berputar-putar, memutarkan, putaran, pemutaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flywheelroda tenagaMekanikGunaanCakera yang digunakan untuk menyimpan tenaga putaran melalui putaran cakera itu. roda ini dipasangkan pada aci untuk menambahkan nilai momen sifatekun yang terlibat dengan putaran aci itu. Peranan utama roda tenaga ialah untuk mengurangkan perubahan halaju sudut apabila kuasa yang memutar aci itu berubah dengan tiba-tiba.
restricted internal rotationputaran dalaman terbatas; putaran dalam tersekatFizikTiadaTiada
restricted internal rotationputaran dalaman terbatas; putaran dalam tersekatKimiaTiadaTiada
rotationputaranMekanikGunaanGerakan jasad yang melibatkan perubahan kedudukan sudut bagi garis pada jasad itu. kadar putaran terhadap masa dinamai halaju sudut dan kadar perubahan halaju sudut dinamai pecutan sudut. Gagasan putaran tidak wujud untuk zarah. Antara jenis-jenis putaran termasuklah egahan, liukan dan mejaman.
stellar rotationputaran najamMatematikTiadaPutaran paksi bintang yang halaju khatulistiwa putaran permukaannya di antara beberapa kilometer hingga 500 kilometer sesaat.
optical rotationputaran optikFizikOptikPutaran satah pengutuban bagi cahaya terkutub satah atau putaran paksi utama elips pengutuban bagi cahaya terkutub secara elips yang disebabkan oleh pemancaran melalui bahan atau medium.
synchronous rotationputaran segerakMatematikTiadaPutaran satelit tabii yang dikelilingi jasad primer dengan kala putaran yang sama dengan kala orbitnya.
galactic rotationputaran galaksiMatematikTiadaPutaran Bimasakti di pusatnya, dan sedikit sebanyak semua komponennya turut juga terlibat dalam putaran ini.
proportional navigationpemanduan arah berkadaranKejuruteraanTiadaPemanduan arah dengan kadar putaran berkadar dengan kadar putaran garis nampak.
rotational spectrumspektrum putaranFizikMekanik KuantumSpektrum molekul hasil daripada peralihan di antara paras tenaga putaran molekul yang beranalog dengan putaran jasad tegar pada sistem mekanik. Jalur bagi spektrum ini biasanya diperhatikan sebagai garis penyerapan pada inframerah jauh.
12345678910...

Kembali ke atas