eter | eter | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian organik yang mempunyai kumpulan –O- di dalam molekulnya dan mempunyai formula am R-OR’ (R = R’ atau R ≠ R’ dengan R sebagai kumpulan alkil atau aril). Eter berbentuk cecair atau pepejal, kecuali dimetil eter, CH3OCH3, yang berbentuk gas. Kumpulan sebatian ini merupakan sebatian yang mudah terbakar dan mudah terbakar dan mudah meruap. Eter diperoleh daripada alkohol dengan menyingkirkan air melalui penggunaan asid sulfurik pada suhu 140oC, atau secara penghidratan alkena dengan menggunakan mangkin. Eter digunakan untuk membuat polimer, etilena oksida, dietilena glikol dan polieter. Misalnya, dietil eter, C2H5OC2H5 dan metil etil eter, CH3OC2H5. |
disulphide | disulfida | Kimia | Tiada | 1. Sebarang sebatian yang mengandungi dua atom sulfur yang terikat pada radikal atau unsur. Misalnya, karbon disulfida, CS2. 2. Salah satu kumpulan sebatian organosulfur, RSSR’, yang mungkin bersimetri, iaitu R = R’ atau yang tidak bersimetri, iaitu R ¹ R’ (R ialah kumpulan alkil atau aril). |
R.U.R fear | ketakutan R.U.R | Psikologi | Tiada | Tiada |
Sutherland potential | keupayaan Sutherland | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pembaikan model keupayaan sfera keras dengan menggunakan teori sebaran daya London yang diungkapkan sebagai G(r) = � jika r � s, G(r) = -D/r6 jika r > s, dengan r = jarak antara molekul, s = garis pusat perlanggaran. D ialah pemalar yang bergantung pada sifat molekul yang bersandarkan keupayaan pengionan dan kekutuban molekul kuasa dua. Model ini merupakan model dua parameter yang sesuai bagi gas ringkas kecuali pada keadaan suhu yang tinggi apabila model ini gagal meramalkan pekali virial kedua yang mempunyai sifat maksimum. |
Yukawa potential | keupayaan Yukawa | Fizik | Atom dan Nuklear | Fungsi keupayaan yang berkaitan dengan daya Yukawa dan diungkapkan sebagai: V (r) = -V₀ (b/r) eksp (-r/b), dengan r = jarak antara nukleon, dan V0 dan b = pemalar yang masing-masing menyatakan kekuatan dan julat daya. |
gas constant | pemalar gas | Farmasi | Tiada | Pemalar termodinamik semesta yang diterbitkan daripada hubungan tenanan, isi padu, dan suhu satu mol gas unggul, singkatan R, R=PV/T=8.3143 x 107 erg mol -1 dar -1=0.0821 liter -atm mol -1 dar-1. Pemalar gas semesta. |
r | r | Biologi | Genetik | Bahagian plasmid R yang membawa kesemua gen untuk kerintangan antibiotik, kecuali kerintangan terhadap tetrasiklin. |
Reidel heat of vaporization correlation | korelasi haba pengewapan Reidel | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi yang menganggarkan haba pengewapan pada keadaan suhu didih normal sebagai dengan DH = haba pengewapan (unit bergantung pada R), R = pemalar gas semesta, T = suhu didih normal (K), P = tekanan (bar), subskrip R = keadaan terturun, subskrip c = keadaan kritikal. |
shi�r ?l-f?khr | shi�r ?l-f?khr | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang bertemakan kebanggaan. Puisi ini menjadi nadi kesusasteraan Arab klasik. Menurut sebahagian pengkritik sastera, tema puisi ini merentasi tema yang lain seperti shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-f?khr berbeza dengan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Melalui Shi�r ?l-f?khr, seseorang penyair merakamkan kelebihan peribadi dan komuniti masyarakat yang diwakilinya dengan penuh kebanggaan, sedangkan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?� merupakan tradisi penyair yang mencari habuan dengan menyanjung individu tertentu dan mencela orang lain. Pada zaman ini, menjadi fitrah atau tabii bagi kabilah Arab mengangkat kedudukan kabilah masing-masing. Contohnya ialah kebanggaan Hatim al-Ta�i, seorang sasterawan Jahiliah terhadap kemuliaan peribadi dan sikap pemurahnya sendiri. Pada zaman Islam dan seterusnya, kebanyakan penyair Islam dan al-muwalladun (penyair bukan Arab yang dilahirkan di rantau Arab) telah menghasilkan shi�r ?l-f?khr yang dibuat-buat, tidak seperti pada zaman |
ketone | keton | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian organik yang mengandungi kumpulan karbonil, C=O, yang terikat pada dua kumpulan alkil atau aril sebagai ciri utamanya, dan mempunyai formula am RCOR’ (R,R’ ialah kumpulan alkil atau aril). Keton yang paling ringkas ialah propanon, CH3COCH3. Keton biasanya disediakan secara pengoksidaan alkohol sekunder dan digunakan untuk membuat cat dan bahan letupan. |