electrolytic apparatus | radas elektrolitik | Kimia | Tiada | Radas yang terdiri daripada bateri dan dua elektrod yang dicelup di dalam larutan atau leburan elektrolit. |
extraction apparatus | radas pengekstrakan | Kimia | Tiada | Radas, misalnya corong pemisah, yang digunakan untuk mengekstrak juzuk yang dikehendaki daripada campuran. |
preset apparatus | radas praset | Kejuruteraan | Tiada | Radas untuk menghasilkan sinar x dengan nilai voltan, arus dan masa boleh diset dengan tepat sebelum pendedahan. |
distillation flask | kelalang penyulingan | Kimia | Tiada | Radas makmal berdasar bulat yang mempunyai ujuran tiub di sisi lehernya. Radas kaca ini digunakan dalam proses penyulingan di dalam makmal. Lihat juga penyuling. |
telemeteograph | telemeteograf | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Alatan meteorologi, seperti radiosond, yang radas perakamannya terletak jauh dari radas pengukur. |
hot water funnel | corong air panas | Kimia | Tiada | Radas untuk menuras larutan panas, yang menggunakan corong dengan dua dinding dan dipanaskan dengan meniup stim melalui radas. |
fireclay triangle | segi tiga tanah liat api | Kimia | Tiada | Radas makmal yang dibuat daripada tiga tanah liat tahan api disambung bersama, dan digunakan untuk menyokong radas lain semasa dipanaskan dengan menggunakan api. |
line oiler | peminyak talian | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Radas yang dipasang pada paip talian yang digunakan untuk menyuntik minyak pelincir ke dalam udara atau stim. Minyak disuntik untuk meningkatkan ciri pelinciran udara atau stim. Contohnya, radas ini dipasang dalam talian gerudi dan pemutar skru pneumatik. |
plug flow | aliran palam | Kejuruteraan | Tiada | Corak aliran terunggul apabila zarah-zarah bendalir yang berturutan mengalir melalui radas dengan urutan yang sentiasa sama dengan urutan ia masuk ke radas itu, iaitu tanpa pencampuran balik. |
apparatus | radas | Fizik | Tiada | Alat atau kumpulan alat dan bahan yang digunakan dalam sesuatu eksperimen. |