radical scavenger | pengaut radikal | Herba | Fitokimia | Sebarang sebatian yang bertindak untuk memusnahkan radikal bebas dengan cara mendermakan elektron untuk menukar radikal bebas kepada spesies bercas negatif atau anion, atau mengabstrak elektron tunggal pada radikal untuk menjadikannya spesies bercas positif atau kation. Anion selanjutnya akan membentuk molekul neutral dengan cara pemprotonan. Bagi kation pula, kehilangan proton akan menghasilkan alkena, manakala penggabungan dengan anion akan menghasilkan terbitan seperti alkohol atau alkoksida. Kebanyakan pengaut radikal yang terdapat dalam tumbuhan adalah seperti vitamin C, vitamin E dan ß-karotena. |
radical reaction | tindak balas radikal | Herba | Fitokimia | Proses yang melibatkan pemecahan dan pembinaan ikatan kimia secara simetri. Dalam tindak balas pemecahan ikatan, masing-masing pecahan molekul yang dikenali sebagai radikal bebas membawa satu elektron tidak berpasang. Dalam tindak balas pembentukan ikatan, radikal bebas membentuk ikatan secara bergabung dengan radikal bebas lain untuk menghasilkan sebatian neutral atau bertindak balas dengan ikatan ganda untuk menghasilkan satu radikal bebas baru, yang seterusnya bertindak seperti radikal bebas lain. Tindak balas berterusan ini dikenali juga sebagai tindak balas rantai. Lihat juga radikal bebas. |
antioxidant | bahan antioksida | Herba | Fitokimia | Bahan yang melindungi tisu daripada kerosakan dengan melenyapkan radikal bebas. Bahan ini mendermakan elektron kepada radikal bebas dan menjadikan radikal bebas tersebut tidak aktif. |
free radical | radikal bebas | Herba | Fitokimia | Molekul atau pecahan molekul yang mempunyai elektron yang tidak berpasangan pada salah satu atomnya. Contohnya, radikal bebas yang dihasilkan daripada pengautooksidaan. Radikal bebas biasanya sangat reaktif dan berhayat pendek. Kehadiran radikal bebas yang terlalu banyak dan tidak terkawal dalam sistem biologi boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung. |
saurated hydrocarbon | hidrokarbon tepu | Kejuruteraan | Petroleum | Sebatian organik atau hidrokarbon yang mempunyai hanya ikatan tunggal di antara atom-atom karbon yang berdekatan dalam struktur molekulnya. Valensi atom karbon yang tidak mempunyai ikatan sesama atom karbon akan membuat ikatan dengan atom hidrogen. Sebatian ini tidak boleh bergabung dengan atom-atom atau radikal-radikal lain kecuali setelah melepaskan atom hidrogen yang setara dengan atom-atom radikal berkenaan. Contohnya termasuklah parafin, hidrokarbon naftena dan sebagainya. |
unsaturated hydrocarbon | hidrokarbon tak tepu | Kejuruteraan | Petroleum | Sebatian hidrokarbon yang mempunyai bukan sahaja ikatan tunggal tetapi juga ikatan dubel, ikatan tripel dan seterusnya di antara atom-atom karbon yang berdekatan. Dengan demikian, kuasa penggabungan trtinggi pada setiap atom karbon yang terlibat belum tercapai sehingga labih banyak atom hidrogen atau radikal-radikal lain boleh bergabung dengan atom karbon berkenaan. Sebatian ini sangat reaktif dan jika bertindakbalas dengan klorin akan menghasilkan cecair berminyak. Sedikit sekali dijumpai di dalam minyak mentah, tetapi banyak sekali terbentuk dalam proses peretakan petroleum. Contohnya anggota-anggota siri olefin dan siri olefin. |
free radical | radikal bebas | Kimia | Tiada | Atom atau kumpulan atom yang mempunyai elektron valens tak berpasangan, lazimnya sangat reaktif dan berhayat singkat. Radikal ini berkeupayaan menjadi pemula atau perantara dalam pelbagai tindak balas kimia secara mekanisme rantai. Radikal bebas dapat dihasilkan daripada homolisis ikatan kovalen secara fotolisis atau pirolisis. Radikal bebas ini ditandakan dengan titik tengah seperti C1· dan CH3· dalam bentuk formula. |
oxygen reaction species | spesies oksigen reaktif | Herba | Fitokimia | Molekul yang terdiri daripada unsur oksigen yang merosakkan biomolekul dalam badan dan menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti karsinogenesis, mutagenesis, penuaan dan arteriosklerosis. Molekul ini termasuklah radikal superoksida, oksigen singlet, radikal hidrogen peroksida, radikal hidroksik dan anion superoksida. |
internal salt | garam dalaman | Kimia | Biokimia | Sebatian organik yang terhasil daripada gabungan radikal asid dan radikal bes di dalam satu molekul. |
Fenton reaction | tindak balas Fenton | Herba | Fitokimia | Tindak balas penguraian hidrogen peroksida bermangkinkan Fe2+ yang melibatkan perantaraan radikal hidroksil dan radikal hidrogen peroksida, untuk menghasilkan molekul oksigen. Tindak balas ini berlaku dalam sistem biologi seperti yang berlaku pada sitokrom atau pengoksigenan bermangkinkan enzim yang lain. |