radio interference | gangguan radio | Sosiologi | Tiada | 1. Gangguan kepada bunyi radio. |
radio | radio | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sebutan generik yang digunakan untuk kaedah-kaedah pengisyaratan melalui ruang, tanpa menghubungkan dawai, dengan menggunakan gelombang elektomagnet yang dijana oleh arus ulang-alik frekuensi tinggi.,2. Perhubungan melalui gelombang elektromagnet yang dihantar melalui angkasa.,3. Kelengkapan elektronik untuk penghantaran dan/atau penerimaan gelombang elektromagnet tanpa dawai.,4. Sains perhubungan jauh dengan menukar bunyi atau isyarat kepada gelombang elektromagnet dan menghantarnya melalui angkasa. |
radio wave | gelombang radio | Komunikasi | Tiada | Gelombang elektromagneti yang berfrekuensi antara 10 kilohertz hingga 3000 megahertz dan mempunyai jarak gelombang antara 1 milimeter hingga 30 meter. |
channel | saluran | Teknik | Elektrik | 1. Laluan bagi frekuensi radio untuk sesuatu stesen siaran sama ada radio atau televisyen. 2. Laluan arus utama di antara punca arus dan elektrod salir dalam transistor kesan medan atau peranti separuh pengalir lain. 3. Longkang tempat laluan kabel/pendawaian lantai. |
audio tape recorder | perakam pita audio | Komunikasi | Tiada | Alat yang terdapat di studio radio, televisyen atau filem yang digunakan untuk merakam bunyi dengan menggunakan pita elektromagnet. Alat ini boleh didapati dalam bentuk gulungan dengan ukuran lebar pita 1/8, 1/4, 1/2 atau 1 inci. |
jamming | tidihan; tindasan;penyesakan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Penghantaran isyarat radio secara sengaja untuk mengganggu penerimaan isyarat-isyarat daripada stesen lain,2. Penggangguan isyarat radio atau radar musuh dengan tujuan mengelirukan atau menipu operator. |
radio fix | penetapan beradio | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kaedah menentukan kedudukan isyarat radio, dengan menggunakan penyegitigaan.,2. Kaedah kapal, pesawat udara dan sebagainya, yang dilengkapkan dengan kelengkapan mencari arah, menentukan kedudukannya sendiri. |
loop antenna | antena gelung | Kejuruteraan | Tiada | 1. Antena yang digunakan pada radas pencarian arah radio dan dalam sesetengah penerima radio.,2. Antena yang dibentuk oleh beberapa belit dawai yang berada pada satu satah, disusun untuk melingkungi suatu kawasan dalam medan elektromagnet. |
relay | geganti | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Sistem mikro gelombang atau radio yang digunakan untuk menghantar isyarat daripada satu rangkaian perhubunga radio kepada rangkaian yang lain. 2. Peranti yang dioperasikan oleh perubahan keadaan di dalam satu litar elektrik dan bertindak untuk mencantumkan dan memutuskan satu atau lebih sambungan di dalam litar yang sama atau litar yang lain. Geganti elektrik. |
millimetre astronomy | falak milimeter | Matematik | Tiada | Cabang falak radio yang memberi perhatian kepada gelombang radio yang julat panjang gelombangnya antara 1 hingga 10 milimeter. |