Rafflesia sp. | Pakma | Pertanian | Tiada | Tumbuhan jenis parasit dalam famili Rafflesiaceae yang tumbuh menumpang pada pokok perumah spesies Tetrastigma spp. Tumbuhan ini merupakan bunga yang terbesar di dunia. Tumbuhan ini tidak mempunyai batang, daun atau akar dan mendapatkan makanan daripada perumah. Bunganya yang telah kembang berbau busuk untuk menarik lalat sebagai agen pendebungaan. Air rebusan kudup bunga yang telah dikeringkan digunakan oleh wanita untuk menguatkan organ peranakan, mempercepat proses melahirkan anak, meningkatkan tenaga dan untuk awet muda. |
Rafflesia sp. | pakma | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis parasit dalam famili Rafflesiaceae yang tumbuh menumpang pada pokok perumah spesies Tetrastigma spp. Tumbuhan ini merupakan bunga yang terbesar di dunia. Pakma tidak mempunyai batang, daun atau akar dan mendapatkan makanan daripada perumah. Bunganya yang kembang berbau busuk untuk menarik lalat sebagai agen pendebungaan. Air rebusan kudup bunga yang telah dikeringkan diminum oleh wanita untuk menguatkan organ peranakan, mempercepat proses melahirkan anak, meningkatkan tenaga dan untuk awet muda. |