Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian kepala di sebelah depan yg terdiri drpd dua tulang (tulang rahang) yg membolehkan mulut dibuka dan ditutup; ~ atas tulang rahang sebelah atas; ~ bawah tulang rahang sebelah bawah; keras ~ tidak mahu mengalah (tidak mahu menurut, ke-tegar); tali ~ tali kekang (yg diikat pd rahang kuda dll); tulang ~ tulang pd rahang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rahang I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
independent (jaw) chuckcuk tak bersandarKejuruteraanKejuruteraan MekanikCuk pemegang benda kerja yang mempunyai empat rahang. Setiap rahang boleh digerakkan tanpa dipengaruhi gerakan rahang yang lain. Cuk ini terdapat pada mesin larik, mesin kisar dan mesin gerudi.
jaw crusherrahang pemecahKejuruteraanTiadaMesin yang digunakan untuk memecahkan batuan di antara dua rahang keluli, dengan satu rahang terikat dan satu lagi berayun.
vicevais/pemegangKejuruteraanKejuruteraan MekanikRagum yang mempunyai sepasang rahang dan digunakan untuk memegang bahan kerja. Salah satu rahang ditetapkan manakala rahang yang satu lagi boleh digerakkan dengan kendalian batang skru. Alat ini dipasang pada mesin untuk kerja memesin seperti mencanai dan menggerudi. Jika dipasang pada meja, vais boleh digunakan untuk kerja pemasangan dan mengikir. Alat ini banyak terdapat di bengkel dan kilang.
adjustable spannersepana boleh larasKejuruteraanKejuruteraan MekanikSepana yang mempunyai satu rahang yang tetap dan satu lagi rahang boleh laras. Saiz bukaan rahang dilaras dengan skru pelaras. Alat ini digunakan untuk memegang, mengetatkan atau membuka bolt dan nat.
functional cuspkuspa fungsiPergigianTiadaKuspa gigi yang bersentuhan dengan gigi setentang apabila rahang bergerak ke sisi. Kuspa fungsi bagi gigi rahang atas ialah kuspa sebelah palatal manakala gigi rahang bawah ialah di bahagian bukal. Dalam restorasi korona atau jambatan, pengurangan kuspa fungsi adalah sekurang-kurangnya 0.5 mm lebih daripada kuspa tidak berfungsi. Keadaan ini memberi ruang yang secukupnya untuk menahan daya gigitan.
jawrahangBiologiHistologi dan SitologiSepasang struktur yang disokong oleh tulang atau rawan yang (pada vertebrat) tidak diselaputi oleh apa-apa tisu lain, atau yang (pada tanduk) diselaputi tisu lain. Rahang vertebrat menjadi tempat gigi tumbuh, manakala tanduk mempunyai plat tanduk. Rahang menjadi sebahagian mulut; bahagian atasnya disebut maksila, manakala yang bawah disebut mandibel, dan yang membolehkan mulut terbuka dan tertutup. Struktur seumpama ini juga terdapat pada invedrtebrat.
premolarpremolarPerubatanTiadaSatu daripada lapan gigi kekal di anterior gigi geraham dan di posterior gigi taring. Setiap rahang mempunyai empat gigi jenis ini, dua di rahang kiri dan dua di rahang kanan.
mandibulatemandibulatBiologiHistologi dan SitologiPerihal mempunyai rahang bawah, atau rahang yang berfungsi, atau mandibel seperti yang terdapat pada serangga, krustasea, diplopod dan kilopod.
skeletal discrepancykelainan rangkaPerubatanTiadaKeadaan ketidakharmonian antara rahang atas dan rahang bawah dan mungkin menyebabkan maloklusi.
compensating extractioncabutan kompensasiPergigianTiadaProsedur mencabut gigi pada rahang sebelah yang sama bagi mengelakkan erupsi lampau gigi tersebut. Erupsi lampau berlaku akibat kehilangan atau ketiadaan gigi pada rahang bertentangan. Sekiranya cabutan ini tidak dilakukan akan mengakibatkan trauma pada gingiva rahang bertentangan.
12345678910...

Kembali ke atas