control data | data kawalan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Rakaman-rakaman dalam amalan kad tertebuk yang mengandungi kunci atau maklumat yang bererti untuk pengelompokan dan penjujukan rakaman.,2. Maklumat yang digunakan untuk operasi sesuatu lazim , sama ada dengan memilihnya atau mengubah suainya.,3. Data yang mengawal tindakan sesuatu peranti. |
pattern recognition | pengecaman pola; pengecaman corak | Kejuruteraan | Tiada | 2. Pemeriksaan rakaman-rakaman oleh komputer bagi mencari gabungan-gabungan unsur kod tertentu. |
observer paradox | paradoks pemerhati | Sosiolinguistik | Tiada | Perihal keadaan informan apabila tidak dapat memberikan maklumat bahasa secara bersahaja akibat rakaman. Rakaman ini seolah-olah sebagai gangguan dan informan akan bercakap dengan lebih berhati-hati. |
master recording | rakaman induk | Komunikasi | Tiada | Rakaman asal sesuatu rancangan radio atau televisyen. Rakaman ini akan dibuat beberapa salinan lain sebagai bahan salinan. Lihat juga: naskhah induk. |
recording | rakaman | Kejuruteraan | Tiada | 1. Proses membuat rakaman bagi isyarat yang diterima.,2. Cakera, pita atau filem tempat rakaman bunyi disimpan. |
location producer | penerbit lokasi | Komunikasi | Tiada | Orang yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti rakaman di lokasi rakaman. |
data chaining | perantaian data | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kaedah menstor faktor-faktor tertentu supaya sesuatu rakaman terstor mempunyai alamat rakaman terstor yang berikutnya dalam senarai. |
floor assistant | pembantu studio | Komunikasi | Tiada | Petugas yang bertanggungjawab membantu pengurus studio melancarkan kerja-kerja rakaman di dalam studio rakaman atau penggambaran. |
mobile control room | bilik kawalan bergerak | Komunikasi | Tiada | Bilik yang dilengkapi dengan peralatan rakaman yang mudah alih yang digunakan ketika membuat rakaman di luar studio. Biasanya, peralatan rakaman ini diletakkan di dalam kenderaan bagi memudahkan penggambaran. |
digital audio tape (DAT) | pita audio digital | Komunikasi | Tiada | Pita magnet yang menyimpan rakaman bunyi dalam bentuk digital dan mempunyai kualiti rakaman yang jauh lebih baik berbanding kualiti rakaman konvensional. |