Quartz Index | Indeks Kuarza | Geologi | Tiada | 1. Kuantiti terbitan dalam sistem pengelasan batuan Niggli, yang mungkin positif atau negatif, dan merupakan penunjuk darjah penepuan silika batuan.,2. Istilah yang digunakan oleh Dapples dan rakan-rakan untuk menunjukkan kematangan mineralogi batu pasir melalui pengukuran peratusan kuarza gersik. |
entity plan | pelan entiti | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pelan yang menyediakan perjanjian jual beli, iaitu apabila seorang rakan kongsi meninggal dunia, rakan perkongsian akan membeli bahagian si mati untuk dibahagikan kepada rakan kongsi yang masih hidup. Premium dibayar oleh rakan kongsi daripada pendapatan mereka dan nilai tunai insurans diambil kira sebagai aset firma tersebut. |
LEN (low entry network) | LEN (rangkaian masukan rendah) | Teknologi Maklumat | Tiada | Dalam SNA keterkaitan rakan ke rakan antara nod jenis 2.1 yang bersebelahan seperti PC, stesen kerja dan minikomputer. |
circle formation | pembentukan pusingan | Sukan | Tiada | Taktik dalam permainan beregu yang memerlukan pemain mengambil tempat rakan apabila rakan tersebut bergerak ke bahagian lain dalam gelanggang sehingga membentuk pusingan. |
XMLP (XML protocol) | XMLP (protokol XML) | Teknologi Maklumat | Tiada | Protokol rangkaian yang dibangunkan dan diselenggarakan oleh W3C bagi membolehkan peranti dalam rangkaian rakan ke rakan berkomunikasi menggunakan XML sebagai bahantara pengkapsulan. |
partnership insurance | insurans perkongsian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans hayat atau kesihatan yang dijual kepada rakan perkongsian, biasanya untuk menjamin perniagaan yang berterusan jika berlaku kematian atau hilang upaya. Salah seorang rakan kongsi akan menginsuranskan hayat rakan kongsi yang lain supaya jika berlaku kematian salah seorang rakan kongsi, prosid insurans akan digunakan untuk membeli bahagian perkongsian rakan kongsi tersebut daripada warisnya. |
companion cell | sel rakan | Botani | Tiada | Sel parenkima khusus yang terdapat dalam tisu floem tumbuhan angiospema. Sel rakan berhubung rapat serta sentiasa wujud bersama unsur tiub tapis dan kedua-duanya terbentuk melalui pembahagian sel induk yang sama. Sel rakan mengandungi sitoplasma yang padat dan nukleus yang ketara. |
mufawadah sharing | perkongsian mufawadah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad perkongsian yang mensyaratkan persamaan dalam sumbangan modal, pembahagian keuntungan, tanggungjawab dan status pihak yang berkongsi. Setiap rakan kongsi menjadi penjamin dan wakil kepada rakan kongsi yang lain dalam hal perniagaan. Hal ini bermakna, urusan perniagaan yang dilakukan oleh salah seorang rakan kongsi dipersetujui oleh rakan kongsi yang lain. Oleh sebab syarat persamaan merangkumi persamaan agama, perkongsian mufawadah tidak sah antara orang Islam dengan yang bukan Islam. Sinonim syarikah mufawadah. |
buy-sell agreement | perjanjian jual beli | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perjanjian yang rakan kongsi sesebuah perniagaan bersetuju bahawa apabila salah seorang rakan kongsi mati atau menarik diri perniagaan, bahagian perniagaannya akan dijual kepada rakan kongsi yang lain. |
hedge fund | dana perlindungan | Ekonomi | Tiada | Dana yang dikumpulkan untuk pelaburan oleh rakan kongsi terhad. Dana ini pula akan diuruskan oleh rakan kongsi umum yang boleh berkongsi keuntungan yang didapati daripada pelaburan rakan kongsi terhad itu. Tidak seperti pelaburan syarikat, dana perlindungan boleh memperoleh leveraj dengan meminjam wang dari bank dan boleh melalui pembelian sekuriti untuk jangka masa pendek. |