Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.kus] | راکوس

Definisi : 1. gelojoh, lahap: alangkah ~nya ia memakan juadah itu; 2. ki selalu hendak banyak-banyak, loba, serakah, tamak: ~ akan kekayaan; sangat ~ dan loba terhadap bahan-bahan hidup; kerakusan 1. kegelojohan, kelahapan: ia tahu benar akan perangai pemuda itu, pantang larangnya, kekuatannya, kelemah­an­nya, ~nya, dll; 2. kelobaan, ketamakan: utk mengubah sikap dan ~ peribadi kpd sikap berbudi bahasa dan berkasih sayang; perakus orang yg sangat rakus (gelojoh, loba, tamak, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.kus] | راکوس

Definisi : 1 suka makan banyak-banyak dgn gopoh; gelojoh; lahap. 2 ki ingin mendapat sesuatu dgn banyaknya; tamak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakus (adjektif)
1. Bersinonim dengan lahap: gelojoh, kemaruk, pajuh, lalah, celungap, majuh, loba, demap, meradak, caruk, bolor, buruk makan,
Berantonim dengan tertib

2. Bersinonim dengan tamak: haloba, serakah, muris,

Kata Terbitan : kerakusan, perakus,

Peribahasa

Seperti cicak makan kaper.

Bermaksud :

Orang yang rakus. kaper = kupu-kupu kecil yang terbang malam.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sluggerpetinju rakusSukanTiadaPetinju yang menumbuk dengan kuat secara bertubi-tubi dan sering menukar arah secara serta-merta.
voracious appetiteselera rakusVeterinarTiadaTiada
greedy algorithmalgoritma rakusPentadbiranTiadaAlgoritma yang meneruskan pergerakan dengan menggunakan pembaikan yang tertinggi pada setiap peringkat.
take-all diseasepenyakit rakusBiologiPatologiPenyakit pada keluarga gandum yang menunjukkan gejala nekrosis dan busuk pangkal batang yang berkembang dengan cepat sehingga boleh membunuh seluruh tanaman. Penyakit ini boleh menular ke pokok lain dengan kadar yang cepat juga. Ia disebabkan oleh Gaeumannomyces graminis.
fastingpuasaBiologiPatologiKeadaan yang dilalui oleh vektor yang tidak diberi makan dalam tempoh yang pendek, misalnya dengan mengasingkan vektor tersebut daripada perumahnya. Ini bertujuan supaya vektor tersebut menjadi lebih rakus hingga dapat menghisap lebih banyak sap yang mengandungi virus.

Kembali ke atas