blue butterflies | rama-rama biru | Biologi | Entomologi | Rama-rama dalam famili Lycaenidae, yang kecil dan berterbangan seperti burung laying-layang, misalnya rama-rama biru biasa (Polyommatus icarus), rama-rama biru kecil (Cupido minimus), rama-rama biru besar (Maculinae arion), dan rama-rama biru bukit kapur (Lysandra corion). Larvanya merembeskan cecair manis yang disukai semut. |
bunga rama-rama | bunga rama-rama | Kesenian | Tiada | Motif batik berunsur haiwan berbentuk rama-rama, lazimnya dihubungkaitkan dengan corak pokok pada batik sarung. |
birdwing butterfly | rama-rama kepak biru | Biologi | Entomologi | Rama-rama dalam genus Ornithoptera, yang bersaiz besar, berwarna-warni, dan mempunyai sayap depan yang lebih kecil dan lebih panjang daripada sayap belakang. Rama-rama jantan biasanya mempunyai bentuk yang berbeza daripada rama-rama betina. |
butterfly flower | bunga rama-rama | Biologi | Ekologi | Bunga yang didebungakan oleh rama-rama, misalnya bunga adap-adap, Mussaenda glabra. Di antara ciri bunga rama-rama termasuklah bentuk yang seperti tiub, pembekalan nektar, warna yang menarik, manakala antesis pula berlaku pada waktu siang. |
industrial melanism | melanisme perindustrian | Biologi | Genetik | Fenomena yang berlaku pada rama-rama Biston sp, apabila perubahan gen mengakibatkan rama-rama berwarna cerah (B. Betularia) digantikan secara beransur oleh rama-rama berwarna gelap (B. Carbonaria) kerana habitat populasi digelapkan oleh jelaga hasil pencemaran di kawasan perindustrian maju di England. |
Batesian mimicry | kemimikan Batesian | Biologi | Ekologi | Kemimikan spesies yang boleh dimakan dengan spesies yang tidak boleh dimakan oleh pemangsa untuk melindungi diri. Misalnya, spesies rama-rama yang boleh di makan oleh burung menyerupai spesies rama-rama yang tidak boleh dimakan oleh burung. |
pheromone | feromon | Biologi | Ekologi | Bahan kimia yang dihasilkan ke persekitaran yang mengawal perlakuan komunikasi individu lain dalam sesuatu spesies. Misalnya, bahan kimia yang dikeluarkan oleh rama-rama betina yang belum mengawan dapat dikesan oleh rama-rama jantan walaupun kedua-dua haiwan ini berada jauh dari satu sama lain. |
moth | rama-rama | Pertanian | Tiada | Tiada |
moth | rama-rama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
pantaleon (F) | rama-rama | Kesenian | Tiada | Tiada |