weather forecast | ramalan cuaca | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ramalan keadaan atmosfera dengan merujuk pada satu unsur cuaca atau lebih. Terdapat pelbagai jenis ramalan cuaca. Antaranya termasuk ramalan harian, ramalan jangka sangat pendek, ramalan jangka pendek, ramalan jangka pertengahan, ramalan jangka panjang, ramalan panjangan, ramalan tempatan, ramalan wilayah, ramalan cuaca marin, ramalan cuaca penerbangan, ramalan berangka, ramalan statistik, dan ramalan klimatologi. Juga disebut ramalan meteorologi. |
futuristic art | citra futuristik | Kesenian | Tiada | 1. Citra yang menggambarkan ramalan-ramalan masa depan.,2. Citra yang berhubung dengan futurisme. |
airways forecast, aviation forecast, aviation weather forecast | ramalan cuaca penerbangan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ramalan unsur-unsur cuaca, seperti siling, ketampakan, angin atas, pengaisan, kegeloraan, dan pelbagai jenis kerpasan dan ribut bagi tujuan penerbangan. Ramalan cuaca penerbangan boleh dibahagikan kepada empat kategori, iaitu ramalan kawasan, ramalan terminal, ramalan laluan udara, dan ramalan penerbangan. |
flight forecast | ramalan penerbangan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ramalan cuaca penerbangan untuk penerbangan tertentu. Ramalan ini merupakan ramalan perjalanan, dan berubah mengikut laluan pesawat. Lihat juga FIFOR. |
objective forecast | ramalan objektif | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ramalan cuaca yang keseluruhannya berdasarkan penerapan peraturan atau persamaan termodinamik, hidrodinamik atau statistik kepada unsur-unsur meteorologi terpilih tanpa mengambil kira pertimbangan peribadi peramal. Ramalan cuaca berangka merupakan contoh ramalan yang hampir keseluruhannya objektif. Contoh yang lebih mudah termasuklah ramalan suhu malam minimum atau ramalan kabut sinaran dengan menggunakan kebanyakannya peraturan empirik berdasarkan nilai cerapan unsur seperti suhu, takat embun, kelajuan angin, dan banyaknya awan. |
objective forecast | ramalan objektif | Sains | Hidrometeorologi | Ramalan cuaca yang keseluruhannya berdasarkan penerapan peraturan atau persamaan tunggal, atau gabungan peraturan atau persamaan kepada cerapan unsur-unsur meteorologi tercerap dan terpilih; oleh itu pertimbangan peribadi peramal lenyap sama sekali. Ramalan cuaca berangka merupakan contoh ramalan yang hampir keseluruhannya objektif. Contoh yang lebih mudah termasuklah ramalan suhu malam minimum atau ramalan kabut sinaran dengan menggunakan kebanyakannya peraturan empiris berdasarkan nilai cerapan unsur seperti suhu, takat embun, kelajuan angin, dan banyaknya awan. |
numerical forecast | ramalan berangka | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ramalan perlakuan gangguan atmosfera berdasarkan penyelesaian berangka persamaan asas hidrodinamik yang tertakluk kepada keadaan awal yang tercerap. Apabila digunakan untuk gangguan atmosfera berskala siklon dalam bentuk model dinamik, penyelesaian ini merupakan suatu kaedah ramalan sifat sistem tekanan latitud tengah yang berpindah-pindah. Ramalan berangka selalunya dilakukan dengan bantuan komputer yang berkeupayaan tinggi. Juga disebut ramalan cuaca berangka, ramalan dinamik. |
long range weather forecast | ramalan cuaca jangka panjang | Geografi | Tiada | Ramalan cuaca bagi tempoh melebihi lima hari dan ketepatan ramalan tidak sebegitu tepat seperti ramalan 24 jam. |
persistance forecast | ramalan kemantapan | Sains | Hidrometeorologi | Ramalan yang menyatakan bahawa keadaan cuaca pada masa depan adalah sama dengan keadaan sekarang. Ramalan kemantapan selalunya digunakan sebagai piawai perbandingan dalam pengukuran kecekapan ramalan yang menggunakan kaedah lain. |
random forecast | ramalan rawak | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ramalan cuaca yang berasaskan nilai unsur-unsur meteorologi yang dipilih secara rawak. Ramalan cuaca jenis ini kadangkala digunakan sebagai asas perbandingan dalam menilai kejayaan ramalan yang dibuat dengan kaedah yang lebih lazim. |