Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
evaporation pan see also evaporimeterkancah sejatan lihat juga meter sejatanHidrologiTiadaMeter sejatan yang terdiri dari suatu tangki atau kancah yang kedalamannya sederhana dan permukaannya agak besar. Di dalamnya penurunan paras air akibat penyejatan dapat diukur. (WMO) (1) US kelas A; Kancah berbentuk silinder 25.4 cm dalam dan bergaris pusat 120.7 cm dibuat dari logam Monel. Bahagian bawahnya ditopang atas suatu rangka kayu 1.5 cm tinggi dari tanah. (2) USSR GGI-3000: Kancah berbentuk silinder, luas permukaannya 3000 cm2 , dalamnya 60 cm, bahagian bawahnya berbentuk kerucut, dan dibenamkan ke dalam tanah sehingga bingkainya tinggal 7.5 cm atas dari permukaan tanah. (3) Tangki USSR 20 m2; Tangki yang luas permukaannya ialah 20 m2, berbentuk silinder, bahagian bawahnya rata, dalamnya 2 m dan bingkainya 7.5 cm atas dari permukaan tanah.
framepemidang; rangka; bingkai; kerangkaPerubatanTiada1. Rangka: Struktur yang biasanya rigid, untuk memberi sokongan atau menghalang sesuatu bahagian daripada bergerak.
motifememotifemKesusasteraanTiadaBahagian atau rangka-rangka kecil yang terdapat dalam sebuah cerita yang kesemuanya mempunyai fungsi yang berkaitan. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah, permaisuri Raden Mas Ayu mengidam minum air kelapa gading yang batangnya genting di tengah dan Hang Tuah berjaya mendapatkannya. Di sini terdapat dua motifem: 1. Peristiwa mengidam 2. Kejayaan Hang Tuah mendapatkan kelapa tersebut.
paratheciumparatesiumBiologiMikologi1. Lapisan rangka luar apotesium. 2. Rangka di sekitar lapisan hifa pada liken.
construction linegaris rangkaKesenianTiada1. Garis rangka: Garis lakaran asas yang dibuat ketika merangka pola pakaian.
zoariumzoariumGeologiTiada1. Bahagian rangka kolektif bagi seluruh koloni briozoa.,2. Koloni briozoa.
transomeambang antaraPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Komponen melintang yang menghubungkan bahagian atas tiang-tiang penopang dan berfungsi menyangga atau menyokong seluruh binaan di atasnya. 2. komponen mendatar pada bahagian atas rangka pintu atau rangka tingkap.
benzoquinonebenzokuinonHerbaFitokimiaRangka yang paling asas bagi kuinon yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kumpulan keton terdapat pada kedudukan 1,2- atau 1,4- dan dua ikatan berganda dua terletak antara kumpulan keton. Sistem hidupan benzokuinon seperti ubikuinon dan plastokuinon memainkan peranan yang penting sebagai pembawa elektron dalam rantai pengangkutan elektron dalam mitokondria.
appendicular skeletonrangka apendajPentadbiran PerniagaanTiada1. Mana-mana bentuk unjuran dari bahagian luar badan haiwan yang membentuk anggota dan lazimnya berpasangan.
bonetulangPerubatanTiada1. Tulang: Mana-mana struktur yang membentuk rangka kebanyakan vertebrat.,2. Tisu tegar yang berliang yang bahan asasnya mengandungi garam kalsium.
123

Kembali ke atas