fabric (building) | rangka (bangunan) | Kesenian | Tiada | Tiada |
panel | panel | Alam Bina | Tiada | Komponen bangunan yang dikekang oleh rangka bangunan dan membawa bebannya sendiri. |
siding | papan dinding | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Papan atau papan lapis yang digunakan sebagai dinding pada sebelah luar rangka bangunan. Papan yang digunakan biasanya mempunyai tekstur permukaan yang menarik dan kalis luluhawa. |
indeterminate frame | rangka tak boleh tentu | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Rangka struktur yang mengandungi anggota berlebihan yang menambahkan tegasan struktur. |
curtain wall | dinding tirai | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Dinding galas yang bahagian luarnya dibina bersama rangka struktur bangunan untuk menahan tekanan angin dan memikul bebannya sendiri. Ia boleh mengandungi rangka besi yang dipasangkan dengan isian panel untuk memberikan ketegaran. |
carcassing timber | kayu rangka | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu gergaji daripada spesies kayu yang mempunyai kekuatan yang tinggi yang digunakan sebagai rangka, atau komponen bangunan, seperti tiang, rasuk, gelegar, rangka pintu dan tingkap dalam industri bangunan. |
frame construction | binaan kerangka | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Binaan yang sebahagian besar struktur bangunan disokong oleh rangka dan tidak disokong oleh dinding tanggung beban. |
frame | rangka | Alam Bina | Tiada | Unsur struktur yang penting pada sesebuah bangunan yang menyokong dan menyalurkan beban bangunan kepada asas. |
moment distribution | agihan momen | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | agihan yang menunjukkan cara momen dipindahkan pada rangka tegar dan rasuk selanjar berdasarkan teknik yang diasaskan oleh profesor hardy cross. agihan momen mempengaruhi magnitud momen lentur yang digunakan dalam rekabentuk bangunan. |
frame structure | struktur kerangka | Kesenian | Seni Bina | Rangka binaan sesuatu struktur yang biasanya diperbuat daripada besi, kayu atau konkrit tetulang yang direka bentuk untuk menampung beban. Contoh elemen yang menampung beban adalah rasuk dan tiang. Bangunan yang mempunyai struktur kerangka adalah lebih ringan dan berciri ekonomi dari segi penggunaan bahan binaan. Contoh binaan struktur kerangka adalah bangunan rumah Melayu yang dibina dengan rangka kayu. |