Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.kap] | رڠکڤ

Definisi : ; merangkap 1. menelungkup dgn tapak tangan yg dilengkungkan; 2. menang­kap dgn kedua-dua belah tapak tangan; perangkap perkakas utk menangkap bina­tang (kandang yg pintunya boleh tertutup dgn sendirinya apabila dimasuki binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kap] | رڠکڤ

Definisi : 1. lipat dua (tiga dll), dua tiga helai melekat menjadi satu, kembar; huruf ~ dua huruf yg melambangkan satu bunyi, mis gh, kh dan ng, digraf, dwihuruf, dwilambang; kelas ~ dua tiga kelas yg sedarjah; pintu ~ a) pintu dua lapis (deret, saf); b) pintu yg daun pin­tunya dua lapis; 2. beberapa baris (dlm pantun, sajak, dll) yg merupakan satu kesatuan: bebe­rapa ~ ayat Quran; ~ pantun dua bait atau empat baris; 3. (Mat) rangkaian ilmu hisab yg mengandungi lambang-lambang dan boleh ditentukan nilainya (spt y = 3x4 – 4x3 + 12x2 + 6); serangkap 1. sepasang: lembing ~; 2. satu rangkap (pantun, sajak, dll); ~ pantun empat baris pantun; berangkap 1. berkembar, berpasangan; 2. bersajak: hendaklah kanak-kanak itu tertarik kpd karangan-karangan yg baik, sama ada drpd karangan natar atau ~; berangkap-rangkap berdua-dua, berpasang-pasang: berdansa ~; merangkap 1. memakai dua atau tiga lapis (baju dll), mengembarkan dua tiga helai men­jadi satu: dua helai kain dirangkap utk pe­nutup motokar ini; kuliah-kuliah itu boleh dirangkap beberapa kuliah disatukan; 2. yg juga (memegang dua atau tiga tugas sekali gus, atau mempunyai dua atau tiga fungsi sekali): Timbalan Perdana Menteri ~ Menteri Pertahanan; pengarah baru Proton ~ pengu­­-rus besar bahagian korporat; bilik tidur ~ bilik makan; bilang ~ Pr membilang dua-dua sekali (sekali sepasang); merangkapkan 1. menjadikan berangkap: cadar yg lama nipis itu dirangkapkan pd kain tebal; 2. menyuruh (membiarkan) orang me­nger­­ja­kan dua atau tiga pekerjaan: waktu ke­tiada­an Tun, Kementerian Pertahanan di­­-rang­­­­­­kapkan kpd Timbalan Menteri Dalam Negeri; rangkapan sesuatu yg dirangkap(kan): ~ syair itu adalah petikan drpd naskhah Syair Panji Semirang; ayat ~ beberapa ayat yg di­­jadikan satu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kap] | رڠکڤ

Definisi : 1 lipat dua (tiga, empat dst); dua tiga helai melekat menjadi satu: huruf ~ dua huruf (spt kh, ng, sy) yg melambangkan satu bunyi. 2 beberapa baris ayat yg merupakan sebuah pantun (sajak) yg lengkap. berangkap 1 berkembar; berpasangan. 2 bersajak: karangan ~ karangan dlm bentuk puisi. merangkap memegang dua tiga jawatan sekali; menjalankan dua tiga tugas sekali: guru besar ~ guru sains. merangkapkan melekapkan supaya menjadi rangkap; mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: Dua keping plastik dirangkapkan utk dibuat penutup kereta. serangkap 1 sepasang: ~ lembing. 2 satu rangkap (pantun, sajak dll): ~ pantun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkap
Kata Terbitan : merangkap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ballad operaopera baladaKesusasteraanTiadaBentuk bangsawan dengan rangkap-rangkap yang dinyanyikan atau dibaca secara berpuisi.
trisyllabic rhymerima trisukuKesusasteraanTiadaRima berganda atau rima yang mempunyai beberapa suku kata didapati dalam puisi-puisi jenaka atau rangkap-rangkap lucu.
triple rhymerima trisukuKesusasteraanTiadaRima berganda atau rima yang mempunyai beberapa suku kata didapati dalam puisi-puisi jenaka dan rangkap-rangkap lucu.
common measurerangkap biasaKesusasteraanTiadaRangkap biasa: Rangkap puisi yang mempunyai empat baris; baris pertama dan ketiga, lapan suku kata dan baris kedua, baris keempat enam suku kata.
crown of sonnetslingkaran sonetaKesusasteraanTiadaEmpat rangkap soneta yang dikaitkan dengan baris terakhir rangkap pertama menjadi baris pertama rangkap kedua dan baris terakhir rangkap kedua menjadi baris, pertama rangkap ketiga.
bayet (arabic verse)baitKesusasteraanTiada1. Syair Arab atau Parsi yang dipetik secara langsung dalam bahasa asalnya.,2. Syair Arab dan Parsi yang diberikan maknanya dalam Bahasa Melayu, tidak diambil dalam bahasa asalnya dan tidak pula dijadikan syair Melayu.,3. Rangkap-rangkap syair Melayu yang dibuat mengikut timbangan syair Arab.
paraphraseparafrasaKesusasteraanTiadaKarangan yang telah ditulis semula dengan cara mengubah bentuk dan pemilihan katanya tetapi tetap mengekalkan maksud atau idea asalnya. Parafrasa biasanya ditulis untuk memperjelaskan lagi maksud karangan asalnya. Sebuah puisi boleh ditulis semula dalam bentuk prosa sebagai sebuah parafrasa untuk memberikan penjelasan tentang bahagian atau rangkap-rangkap yang sukar dalam bentuk puisi itu.
syairsyairKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi karangan bersajak yang terdiri daripada empat baris satu rangkap, dan empat perkataan sebaris dengan jumlah suku kata 7-12 sebaris. Syair memperlihatkan pola rima ?, ?, ?, ? untuk setiap rangkap dan setiap barisnya membawa makna kepada setiap rangkap. Syair mempunyai kaitan dengan puisi Arab shi�r atau saj�, tetapi bentuknya tidak menampakkan persamaan dengan bentuk puisi tersebut atau bentuk puisi Arab yang awal. Syair secara formalnya diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri pada kurun ke-17 melalui karyanya Rubai Hamzah Fansuri. Semenjak itu, syair menjadi genre puisi yang amat popular dalam kalangan pengarang Melayu tradisional. Syair diperkenalkan selepas kedatangan Islam, oleh itu syair merupakan puisi yang disampaikan dalam bentuk bertulis. Syair mempunyai persamaan dengan pantun iaitu terdiri daripada empat baris satu rangkap, tetapi berbeza dari segi skema rimanya. Skema syair ialah ?, ?, ?, ? manakala skema pantun ialah ?,b, ?,b. Syair mempunyai rangkap
short measurerangkap ringkasKesusasteraanTiadaRangkap yang digunakan dengan luas untuk gita atau nyanyian yang mengandungi empat baris dengan rima sama ada abab atau abcb.
adonic verserangkap adonisKesusasteraanTiadaRangkap yang dikaitkan dengan prosodi Greek dan Latin yang menunjukkan bahawa matra itu mengandungi daktil dan spondi.
12345678910...

Kembali ke atas