Spices | Rempah ratus | Pertanian | Tiada | Merujuk kepada tumbuhan yang digunakan sebagai perasa masakan. Bahagian tumbuhan yang digunakan samada daun, buah, biji, bunga, kulit batang, batang dan akar. Rempah ratus mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang boleh menambah rasa dan warna pada masakan. Perasa masakan ini biasanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contoh rempah ratus ialah serai, daun kesom, ketumbar, kunyit, halia, kayu manis dan jintan manis. |
spices | rempah ratus | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan yang digunakan sebagai perasa masakan sama ada dalam bentuk segar atau kering. Bahagian tumbuhan yang digunakan ialah daun, buah, biji, bunga, rizom, kulit batang, batang dan akar. Tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang boleh menambah rasa sedap dalam masakan. Perasa masakan ini biasanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, serai, daun kesum, ketumbar, lada hitam, kunyit, halia, lengkuas, kayu manis dan jintan manis. |
army worm (Spodoptera mauritia) | ulat ratus (Spodoptera mauritia) | Pertanian | Tiada | Tiada |
driver ants/ legionary ant | semut ratus | Biologi | Entomologi | Serangga karnivor dalam famili Dorylinae yang hidup di dalam sarang sementara dan berpindah dalam satu barisan panjang yang menyerupai askar, dan kadang-kadang jumlahnya mencapai seratus ribu ekor dalam satu barisan. Serangga ini dikenal juga sebagai semut askar atau semut pemandu. |
cutworm | ulat penggal | Biologi | Entomologi | lihat ulat ratus. |
intron | intron | Bioteknologi | Tiada | Kawasan DNA yang terdiri daripada beberapa ratus pasangan bes dalam gen eukariot, yang tidak diekspresikan dalam molekul protein atau dalam RNA matang. Intron membahagikan gen DNA eukariot kepada bahagian-bahagian yang tidak bersentuhan antara satu sama lain. |
instability line | garis ketaksbilan | Sains | Hidrometeorologi | Garis atau jalur, biasanya beberapa ratus kilometer panjang, yang di sepanjangnya fenomena ketaksbilan (0lakan) sedikit atau sederhana wujud tetapi tidak terdapat perenggan permukaan; walau bagaimanapun pada garis sebegini mungkin terdapat palung arah atas. Apabila fenomena tak stabil itu kencang ia selalunya diistilahkan sebagai garis badai. |
bulk sample | sampel pukal | Geologi | Tiada | Sampel bersaiz besar yang jumlahnya beberapa ratus atau lebih yang diambil pada jarak yang sama. |
rice grains | beberas | Matematik | Tiada | Tompok halus yang amat cerah dan beratus-ratus batu panjangnya, yang menonjol keluar dari latar belakang permukaan matahari yang lebih gelap. Tompok ini kebanyakannya kelihatan berhampiran dengan pusat cakera. Sifatnya tidak kekal, dan coraknya berubah dalam masa beberapa minit sahaja. |
long terminal repeat | ulangan hujung panjang | Biologi | Genetik | Domain yang mengandungi beberapa ratus pasangan bes pada kedua-dua penghujung DNA retrovirus. |