appeals procedure | tatacara rayuan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Garis panduan, cara atau prosedur terperinci yang menjelaskan tentang tindakan pengendalian sesuatu urusan rayuan. Tatacara rayuan direka bentuk dengan sistematik bagi melicinkan hal ehwal rayuan agar segala peraturan dan proses dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan sempurna. Selain itu, garis panduan ini memberi ruang yang adil dan saksama kepada setiap perayu. Walau bagaimanapun mereka harus menunggu giliran sebelum setiap rayuan itu diketengahkan. Dalam konteks ini setiap jabatan mempunyai tatacara rayuan yang tersendiri, misalnya tatacara rayuan di Mahkamah Rayuan berbeza dengan tatacara rayuan di Jabatan Kebajikan Masyarakat. |
Appellate Body | Badan Rayuan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Bahagian dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang terdiri daripada tujuh individu. Badan Rayuan bertanggungjawab untuk mendengar rayuan daripada laporan yang dikeluarkan oleh panel dalam pertikaian yang dibawa oleh negara anggota WTO. Badan Rayuan boleh menegakkan, meminda atau menterbalikkan dapatan dan kesimpulan perundangan sesebuah panel. Laporan Badan Rayuan, apabila diterima oleh Badan Penyelesaian Pertikaian (DSB), mesti diterima oleh pihak-pihak yang bertikai. Badan Rayuan bertempat di Geneva. |
Appeal Chamber | Kamar Rayuan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Bahagian di dalam mahkamah atau tribunal jenayah, dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa. Bahagian ini bertanggungjawab untuk mendengar rayuan bagi kes yang telah diputuskan oleh Kamar Perbicaraan. Contohnya, dalam sistem Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Kamar Rayuan mendengar rayuan bagi kes yang telah diputuskan oleh Kamar Perbicaraan mahkamah yang sama. Rayuan boleh dibuat oleh pihak pendakwa atau pihak yang disabitkan dan dijatuhi hukuman. Rayuan boleh dibuat sama ada terhadap keputusan membebaskan atau mensabitkan tertuduh atau terhadap hukuman. |
Appeal Division | Bahagian Rayuan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Salah satu bahagian dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Bahagian Rayuan terdiri daripada Presiden Mahkamah dan empat hakim lain. Fungsi kehakiman bahagian ini dijalankan oleh Kamar Rayuan yang terdiri daripada kesemua lima hakim Bahagian Rayuan. Lihat juga Kamar Rayuan. |
appellate review | kajian semula rayuan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Proses badan rayuan menyemak keputusan badan bicara, seperti Kamar Rayuan Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyemak keputusan Kamar Bicara atau Badan Rayuan WTO menyemak keputusan panel WTO. |
Special Commissioners of Income Tax | Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Badan rayuan yang mendengar rayuan pembayar cukai terhadap keputusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. |
clemency plea | rayuan belas kasihan | Sejarah | Tiada | Rayuan yang dikemukakan untuk mendapat belas kasihan atas hukuman yang telah diputuskan. |
statutory appeal | rayuan statutori | Undang-undang | Tiada | Rayuan yang dibenarkan oleh statut untuk dibuat oleh seseorang yang terkilan walaupun tiada pelanggaran hak di sisi undang-undang. |
advocacy | perakuan; anjuran; rayuan; sokongan; saranan | Sejarah | Tiada | Hal-hal yang berkaitan dengan anjuran, rayuan, pembelaan atau saranan untuk menunjukkan sokongan dalam sesuatu isu. |
jury of appeal | juri rayuan | Sukan | Tiada | Lembaga yang terdiri daripada empat 4. hingga lapan 8. orang yang bertanggungjawab menyelesaikan bantahan atau rayuan pasukan jika ada, serta membuat keputusan yang sewajarnya. |